“Saya manusia, tuan pun manusia. Saya ada akal, tuan pun ada. Saya berfikir, tuan pun berfikir. Tetapi, saya lain, tuan pun lain. Realiti kita nyata berbeza. Semoga kita semua beres sokmo!”

Tak kenal maka tak cinta.

Dah kenal pasti serasi.

Yosh, Ganbare!

Yosh, Ganbare!

Nama pemilik blog  hairul.net ini ialah Hairul Faizal Adli Bin Ab Ghani. Beliau adalah seorang remaja yang riang dan jarang sekali tidur pada waktu siang. Beliau juga seorang insan yang penyayang. Ops, itu mungkin hanya sekadar bayangan. ;)

Beliau dilahirkan tahun 1988 dan kini berumur dalam lingkungan 22 tahun.

Alhamdulillah, beliau sekarang sedang belajar di Tokyo University of Technology, Jepun.

Tokyo University of Technology.

Tokyo University of Technology.

Beliau redha dengan Allah sebagai tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Nabi Muhammad sebagai nabi dan rasulnya.

Beliau suka pada Malaysia, suka pada Kelantan dan suka bersuka-suka asalkan perbuatan itu ada manfaatnya.

“Hidup mesti sihat dan ceria, baru beres sokmo!”

Itulah pegangan beliau.

Beliau mahu menjadi penulis yang popular dengan karya yang hebat lagi bermanfaat dan beliau mahu menyertai perjuangan untuk memandaikan bangsa.

“Bacalah sesuatu yang bernilai untuk dibuat. Buatlah sesuatu yang bernilai untuk ditulis, dan tulislah sesuatu yang bernilai untuk dibaca. Semuanya bemula dengan amalan membaca. Iqra, bacalah.”

Begitulah adanya prinsip beliau dalam dunia penulisan.

Beliau lemah dalam subjek matematik, tetapi amat suka mengira duit.

Beliau ingin menjadi JUTAWAN sebelum berumur 25 tahun.

Wah, tinggi sekali matlamat dan target beliau.

Oh, jangan bimbang kerana beliau tidak akan melupakan kawan-kawan beliau. Semoga Hairul Faizal Adli cepat-cepat menjadi jutawan.

Amin.

“Beres Sokmo!”

Hairul Faizal Adli Bin Ab Ghani

Hairul Faizal Adli Bin Ab Ghani

21/6/2010