Hairul Dot Net:

Memberi nikmat dan kepuasan kepada pembaca.

Office Map
Matlamat:

Menyebarkan kebaikan dan mengembalikan pembaca kepada tuhan.

Prinsip:

1. Mematuhi syariah.

2. Memberikan ilmu yang bermanfaat.

3. Menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

Kaedah

1. Ayat memikat, tulisan memukau.

2. Menyentuh hati, mencapai akal.

3. Kebenaran didahulukan, bahasa diutamakan.

Siapakah Hairul Faizal?

“Saya manusia, tuan pun manusia. Saya ada akal, tuan pun ada. Saya berfikir, tuan pun berfikir. Saya lain, tuan pun lain dan saya amat menghormati tuan. Semoga Allah redha kepada kita semua.”

Tak kenal maka tak cinta, sudah kenal pasti serasi.

Nama pemilik blog  Hairul Dot Net ini ialah Hairul Faizal Adli Bin Ab Ghani. Beliau dilahirkan tahun 1988 dan berasal daripada Kelantan. Alhamdulillah, beliau sekarang sedang belajar di Tokyo University of Technology, Jepun.

Beliau redha dengan Allah sebagai tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Nabi Muhammad sebagai nabi dan rasulnya.

“Hidup mesti sihat dan ceria, baru beres sokmo.”

Itulah pegangan beliau.

Beliau mahu menjadi penulis yang popular dengan mahakarya yang hebat lagi bermanfaat dan beliau mahu menyertai perjuangan untuk memandaikan ummah.

“Bacalah sesuatu yang bernilai untuk dibuat. Buatlah sesuatu yang bernilai untuk ditulis, dan tulislah sesuatu yang bernilai untuk dibaca. Semuanya bemula dengan amalan membaca. Iqra, bacalah.”

Itulah prinsip beliau dalam kehidupan.


Beliau ingin menjadi PENULIS JUTAWAN sebelum berumur 25 tahun.

Wah, tinggi sekali matlamat dan target beliau.

Oh, jangan bimbang kerana beliau tidak akan melupakan kawan-kawan beliau. Semoga Hairul Faizal Adli cepat-cepat menjadi jutawan. Insya Allah, amin.

Hairul Faizal Adli Bin Ab Ghani

Hairul Faizal Adli Bin Ab Ghani

“Sebarkanlah Islam ke seluruh alam, tidak kira siang atau pun malam.”

24/12/2010