Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Antara benda-benda yang menarik di Jepun:
1. Katak oh katak: Sehodoh-hodoh katak, jadi comel juga dalam bentuk ini. (Gambar penghadang jalan di Jepun.)
2. Arnab comel di tepi jalan: Penghadang jalan pun perlu comel, baru ada orang yang nak tengok dan baca notis larangan.
3. Kedai gunting rambut yang kreatif: Tiang di tepi jalan dijadikan model, dipakaikan baju dan rambut palsu. Semua orang yang melalui jalan ini akan teruja melihat model jalanan ini.
4. Beratur nak masuk neraka: Orang ramai beratur panjang untuk menunggu …
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Apakah nilai perbuatan menjentik perdana menteri itu sama dengan perbuatan kita menjentik budak dan orang tua?
Rasa-rasanya tidak, paling kurang pun kita akan ditangkap dan akan dibicarakan mengikut prosedur yang ketat kerana telah menjentik telinga seorang perdana menteri.
Bayangkan pula kalau kita menjentik telinga seorang raja. Apakah yang akan terjadi? Silap-silap kita akan dijatuhkan hukuman pancung ataupun dibuang negeri.
Kenapa berbeza-beza nilaian dan balasan yang kita terima? Bukankah kita menggunakan jari yang sama dan kita juga menjentik anggota badan yang sama, iaitu telinga.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
“Berikan satu banglo yang besar kepada perdana menteri .”
Menteri kewangan menganggukkan kepala. Perdana menteri pula tersangat gembira.
“Betulkah, tuanku? Terima kasih banyak, tuanku. Patik sangat gembira.”
Raja bertanya,
“Kamu gembira dengan hadiah beta?”
Perdana menteri menjawab,
“Ya, tuanku. Patik sangat gembira.”
Raja berkata lagi kepada menteri kewangan,
“Berikan lagi sebuah kereta mewah kepada perdana menteri .”
Menteri kewangan menganggukkan kepala. Perdana menteri pula makin bertambah-tambah gembira.
Apakah hadiah seterusnya untuk perdana menteri?
“Aku pun ada banyak dosa, macam mana nak memberi nasihat kepada orang lain?”
Ketahuilah, syaitan akan bergembira dengan kata-kata kita ini. Sanggupkah kita memberikan kegembiraan kepada syaitan, sedangkan syaitanlah yang akan mengheret kita masuk ke neraka.
Seorang penyair pernah berkata,
“.إذا لم يعظ في الناس من هو مذنب فمن يعظ العاصين بعد محمد”
“Apabila seseorang yang melakukan dosa itu tidak menasihati manusia, maka siapakah yang akan menasihati orang-orang yang berdosa setelah Nabi Muhammad?”
Sa’id bin Jubair berkata,
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Saya baca, saya buat dan saya sebar. Saya baca, baca, baca dan kemudian baru saya menulis. Saya tulis, saya buat dan saya sebar.
Luar ataupun dalam,
Timbul ataupun tenggelam,
Cerah ataupun kelam,
Siang ataupun malam,
Sebarkanlah Islam ke seluruh alam.
Itulah tujuan saya menulis. Saya mahu menyampaikan Islam dan mahu berjuang untuk kemenangan Islam.
Tahukah kita, ada satu buku yang dapat mengajar kita tentang segala-galanya?
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Upin dan Ipin pun konspirasi Yahudi. Maher Zain pula duta iluminati. Cuba kamu kaji rahsia seluar dalam, bentuknya pun segi tiga. Ada kaitan dengan iluminati tak? Ketupat pun segi tiga juga. Tak nak kaji? Tak habis-habis pasal iluminati, teori konspirasi Yahudi pula makin menjadi-jadi. Sudah-sudahlah. Klimaks konspirasi adalah untuk menyibukkan kamu dengan konspirasi itu sendiri. Iluminati pula mahu menjadikan kamu obses kepadanya sampailah kamu mati. Tak reti-reti nak berhenti?
Saya berat hati sekali mahu menyertakan lampiran berkenaan teori konspirasi ini kerana saya tidak mahu turut sama menyebarkannya. Namun, supaya orang ramai tidak berkonspirasi lagi tentang konspirasi apakah ini, saya sertakan juga lampirannya.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
“Wah, cantiknya lukisan adik.”.
Ini adalah pujian yang umum. Kita pujilah secara spesifik, terangkan apa yang cantik pada lukisan adik kita itu.
“Wah, cantiknya lukisan adik. Warna pun lawa. Cantik pokok yang adik lukis dalam gambar ini.”
Apabila kita memuji secara spesifik maka orang yang dipuji itu tahu bahawa kita sememangnya memberikan perhatian terhadap apa yang mereka tunjukkan. Mereka juga sedar bahawa puji-pujian tersebut bukan sekadar untuk mengambil hati.
Diam tanpa memuji, itu satu kerugian.
Diam tanpa mengeji, itu tindakan terpuji.
Bercakap dan mengeji, itu perangai ahli neraka.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Mulakan perubahan dengan benda-benda yang kecil. Sekali lagi, jangan diremehkan benda-benda yang kecil. Kecil, tetapi besar impaknya. Kecil tetapi gempak.
Mahu menjadi jutawan?
Mulakan dengan menyimpan duit walaupun sedikit nilainya.
Mahu menjadi pemimpin?
Mulakan dengan memimpin diri sendiri dan kumpulan yang kecil.
Mahu mengubah dunia?
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Saya suka melihat orang-orang kampung menghayunkan cangkul membuat batas sayuran, terbongkok-bongkok menoreh getah dan menghalau lembu masuk ke kandang.
Mereka jarang menonton Youtube, tiada internet dan tidak pernah membaca blog. Bacaan mereka terlalu terhad dan akses mereka kepada ilmu terlalu sukar.
Malulah kalian kepada mereka.
Takutlah kamu kepada Allah wahai pemimpin-pemimpin sekalian.
Jangan hanyut dibuai kuasa, kelak dirimu binasa. Tunggulah kami mengambil alih kuasa dan menggantikan kamu untuk menabur jasa.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Oh, sibuknya kita mahu berjumpa dengan orang itu dan orang ini. Dan kebanyakan orang yang kita nak jumpa, semuanya ada kepentingan untuk kita. Alangkah susahnya mahu berjumpa dengan manusia.
Lain pula dengan Raja Segala Raja. Dialah Allah, tuhan yang kita sembah.
Nak jumpa Allah, nak bercakap dengan Allah, mudah sahaja.
Solat (sembahyang). Melalui solat, kita mendekatkan diri kepada Allah, dan dengan doa kita berkomunikasi dengannya.
Nak minta kerja, kita kena buat surat permohonan, kena tunjukkan bakat dan kehebatan diri. Tetapi, kalau nak minta doa dengan Allah, mudah sahaja. Sujudlah kepada Allah dan rendahkan diri kita, akui kelemahan diri, akui yang diri kita ini adalah hamba kepadanya.
Hamba? Bukankah hamba itu satu darjat yang hina?
