Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Ini era informasi. Secebis informasi boleh mencetuskan reformasi. Sesiapa yang tiada publisiti, dia akan mati.
Agama tanpa publisiti, akan mandullah perkembangannya dicabul oleh dakyah kesesatan. Politik tanpa publisiti, akan tenggelamlah ia dalam propaganda jahat media syaitan.
Ikhlas semata-mata adalah satu kebodohan dan kepincangan strategi untuk peperangan informasi. Buatlah kebaikan dengan ikhlas dan buatlah publisiti secara terancang.
Ingatlah, kebaikan yang huru-hara akan dikalahkan oleh kejahatan yang terancang.
Jangan biarkan kebatilan mengatasi kebenaran.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Cinta.
Apa itu cinta?
Perasaan dan perbuatan yang diredhai oleh Allah dan membawa kita ke syurga.
Itulah cinta.
Apa-apa sahaja yang dimurkai oleh Allah, itu namanya cinta neraka. Takkanlah kerana cinta kita sanggup masuk neraka bersama-sama?
Wallahualam.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Tatkala beliau dipijak dan disakiti oleh askar Yahudi jahanam, kepada Allah jualah beliau berserah.
“Hasbunallahuwanikmalwakil. Memadailah Allah sebagai pelindung kami. Kaki yang memijakku adalah milikmu, badan yang dipijak juga adalah milikmu, dan semua yang terjadi ini juga adalah kerana izinmu.”
Walau berterusan dipijak, tiada lagi kesakitan yang beliau rasakan selepas itu.
Ustaz Hasanuddin juga berkongsi kepada kami mengenai strategi pelayaran Mavi Marmara yang mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku sebelum Perjanjian Hudaibiah.
Apakah strategi itu?
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Kalau cakna kepada orang yang tersayang, pasti kita akan sentiasa bertanya khabar.
Kalau cakna kepada Malaysia, pasti kita akan marah dengan keputusan kerajaan yang mahu membina lebih banyak kelab malam di Malaysia.
Kalau cakna kepada Islam, kita pasti geram dengan kekejaman Zionis kepada umat Islam di Gaza.
Kenapa perlu cakna?
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
# Imbauan nostalgia dan muhasabah untuk kita yang telah berada di Jepun dan rujukan untuk mereka yang belum sampai ke Jepun. Motivasi untuk kita yang mahu menuju ke syurga.
Kenapa Mahu Pergi Ke Jepun?
Kalau datang ke Jepun untuk belajar, kita akan dapat lebih daripada ilmu.
Kalau datang ke Jepun untuk bekerja, kita akan dapat lebih daripada duit.
Kalau datang ke Jepun untuk melancong, kita akan dapat lebih daripada pengalaman.
Kalau datang ke Jepun untuk bersuka-ria, kita akan dapat lebih daripada keseronokan.
Bagaimana pula dengan syurga?
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Mainan mereka bukannya PS3 ataupun komputer, cukuplah dengan buih sabun untuk menggembirakan mereka. Sungguh, hati ini merasa sangat bahagia melihat Ali dan Zahra bermain-main dengan buih sabun.
Hatiku sangat tersentuh dengan tekad Ali yang ingin menggantikan kasut Zahra yang hilang. Ali hanya mahu tempat ketiga dalam perlumbaan, walaupun dia mampu menjadi johan.
Saya tidak mampu mencari kekurangan cerita ini, kerana saya telah jatuh cinta padanya. Ceritanya berakhir dengan satu kesedihan, tetapi memberikan permulaan hidup yang baru buat para penonton.
Sekali lagi saya belajar daripada kanak-kanak.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Hasan dan Husin pura-pura bergaduh di hadapan orang tua itu untuk menarik perhatiannya. Orang tua itu cuba meleraikannya.
“Mengapa kamu bergaduh wahai anak-anak?”
Hasan dan Husin menjawab,
“Wahai datuk, perhatikanlah cara kami berwuduk dan beritahulah kepada kami, siapakah yang berwuduk dengan cara yang betul.”
Orang tua itu bersetuju.
“Tunjukkanlah kepadaku wahai anakku.”
Kenapa mereka bergaduh kerana wuduk?
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Kami berlainan bangsa, berbeza bahasa dan pelbagai negara. Kami disatukan oleh kalimah,
“LA ILA HA ILLALLAH.”
Kalimah tauhid yang agung dan indah ini hanya terdiri daripada susunan tiga huruf sahaja,
“Alif, Lam dan Ha.”
Apakah ada di kalangan manusia yang mampu menyusun satu kalimah yang mengandungi makna yang cukup besar dengan hanya menggunakan tiga huruf sahaja?
Dari segi bahasa dan dalam mana-mana bahasa sekalipun, tidak akan ada satu ungkapan yang mengandungi makna yang besar, yang disusun dengan menggunakan tiga huruf sahaja, selain daripada kalimah
“LA ILA HA ILLALLAH. “
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Mantera ajaib ketika shopping,
“Saya tengok, saya cuba dan saya tak beli.”
Kuatkan semangat untuk tidak shopping secara berlebihan. Yakinkan diri,
“Saya tak perlukan benda ini.”
Terapi jiwa dengan shopping memang berkesan. Ada syaratnya. Eh, apa syaratnya?
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Kanak-kanak, tidurnya diulik dengan lagu dan dibuai dengan kasih sayang.
Orang dewasa, tidurnya diulik dengan lembaran kerja dan dibuai dengan bebanan dunia.
Mahu kembali ke zaman kanak-kanak? Tahukah kita apa rahsia kegembiraan untuk anak-anak?
