Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Kita belum mampu untuk mengubah dunia, tetapi kita tahu bahawa kita boleh mengubah diri kita sendiri. Dan perubahan itu kita mulakan daripada perkara yang kecil dan mudah.
Jika kita mahu mengubah dunia, maka kita perlu bermula dengan mengubah diri kita sendiri. Seandainya kita mahu menulis mahakarya yang lestari, sewajarnya kita boleh bermula dengan menulis di blog sendiri.
Saya menulis untuk membuang sisa-sisa jahiliyah yang ada dalam diri saya. Duri-duri jahiliyah itu menusuk hati dan merosakkan pemikiran kita.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Kami bergelumang dengan babi. Kami dihantui oleh babi di mana-mana sahaja di bumi Jepun ini. Negara Jepun memang negara babi. Dalam roti ada babi, dalam nasi ada babi dan dalam sayur pun ada babi.
Jika ada babi yang bertanya kepada kita, apakah manfaat manusia kepada babi, bolehkah kita memberikan jawapannya?
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Belanjawan negara juga tak ubah seperti novel yang mengisahkan betapa kasihnya seorang suami kepada isteri.
“Belanjawan ini adalah bukti betapa kasih dan cintanya kanda kepada dinda. Bolehlah dinda shopping sepuas-puas hati selepas ini. Kanda sudah hapuskan cukai untuk seluar dalam, beg tangan, pewarna rambut, kasut dan macam-macam lagi. Kanda juga akan bagi RM 111 juta ringgit untuk program PERMATA dinda. Dinda kan permata hati kanda.”
Ayat-ayat yang diungkapkan juga amat sedap, manis untuk dijadikan halwa telinga. Biasalah, mahu menawan hati kekasih, ayat romantis dan ayat puitis wajib diluahkan. Belanjawan pula untuk memancing undi rakyat, mata dan telinga mereka perlu disihir dengan kata-kata yang indah dan muluk.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Lagu kanak-kanak di Malaysia:
“Ibu ayam dikejar musang… Kiok, kiok…
Anak ayam cari ibunya… Kiok, kiok…”
Lagu kanak-kanak di Israel:
“Makanan yang paling sedap adalah daging orang Arab,
minuman yang paling sedap adalah darah orang Islam.”
Bagaimana pula dengan surat cinta kanak-kanak Israel?
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Aduh, untuk berceramah pun ustaz kena berbogel? Saksikan video ini, dijamin HALAL dan MEMATUHI SYARIAH.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Suatu hari, datanglah seorang Mat Saleh mahu menggunting rambut dengan tukang gunting itu. Rambutnya digunting dengan percuma. Keesokan harinya, tukang gunting itu mendapat sejambak bunga daripada pelanggan Mat Saleh tersebut.
Selepas itu, datang pula orang Perancis menggunting rambut di situ. Dia juga digunting rambutnya dengan percuma. Keesokan harinya, orang Perancis itu menghadiahkan sekotak coklat kepada tukang gunting itu.
Mahu dijadikan cerita, datanglah pula orang Melayu mahu menggunting rambut dengannya. Orang Melayu itu pun diguntinglah rambutnya dengan percuma.
Keesokan harinya, cuba teka apa yang berlaku?
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Aku amat berharap semoga kami semua akan terus berkawan sehingga ke syurga. Kami mahu masuk syurga bersama-sama.
Aku sayang kepada kawan-kawanku.
Aku akan menghargai kawan-kawanku ketika mereka masih hidup, agar aku tidak menyesal pada hari kematian mereka.
Peringatan untuk diri sendiri:
Ingat kawan, jangan lupakan Allah.
Indah sungguh suasana raya di perantauan kali ini. Untaian kata tidak dapat menggambarkan kebahagiaan kami, taipan keyboard tidak mampu mengungkapkan kegembiraan kami.
Kami beraya di perantauan dan kami tetap gembira. Kami bahagia dengan kerinduan kepada keluarga dan kami ceria dengan adanya rakan-rakan di sisi. Terlebih utama, kami gembira kerana kami ada Allah. Ingat Allah, hati-hati pasti akan menjadi tenang.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Imam berdoa panjang mendayu-dayu sedangkan makmum bermata kuyu dan bertubuh layu. Orang yang faham terangguk-angguk, yang lain hanya tersengguk-sengguk. Ada orang yang mengantuk dan sudah ada yang terlentuk.
Salah imam yang baca doa panjang-panjang, ataupun salah makmum yang jahil kerana tidak memahami maksud doa yang dibaca? Oh, imam pun, adakah dia sendiri faham akan doa yang dia baca, ataupun sekadar hafalan buta yang dia sendiri tidak faham?
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Mahu ucapkan apa sempena hari kelahiran orang yang tersayang?
Cukupkah sekadar menghadiahkan doa sahaja, atau perlu diserikan lagi dengan pemberian hadiah?
Apakah hadiah yang terhebat untuk diberikan kepada diri sendiri?
Kawan-kawan pun mahukan hadiah yang terhebat? Jom tengok, hadiah apa yang kawan-kawan boleh dapat di sini.
