Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Makanan yang sedap tiada maknanya kalau dimakan seorang. Kenyang, tetapi tiada kenikmatan.
“Kita akan lupa betapa sedapnya sesuatu makanan, tetapi kita akan sentiasa ingat dengan siapa yang kita makan.”
Kawan-kawanku, di mana kamu berada? Aku rindukan korang semua.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Entri ini 100 peratus berkaitan dengan TANDAS. Jangan baca entri ini semasa makan. Selera makan anda akan hilang secara drastik.
Fuh, setelah sekian lama mencari, baru semalam aku menemuinya. Sudah lama aku merindui belaiannya yang lembut dan manja. Jodoh aku dan mangkuk tandas ada juga akhirnya, di kedai Cainz Home.
Inilah rupanya, Washlet, yang aku cari-cari selama ini.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Wow.
Apple iPhone lebih murah daripada buah epal. O Yen, untuk Apple iPhone, 8GB atau 16GB.
Mahu beli buah epal, kena ada 2, 3 ringgit juga. Tapi, kalau mahu beli Apple iPhone, langsung tidak perlukan duit. Tunggu apa lagi, jom ramai-ramai kita pakai iPhone pula.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Nihon no seikatsu wa, taihen desu yo.
Taihen kedo, omoshiroiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
(Susah juga hidup kat Jepun ni. Walaupun susah, best juga.)
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
1. Fuh, sejuk sungguh kat Jepun ni.
2. Banyak benda yang yang nak kena selesaikan.
* Pendaftaran Alien (foreigner)
* Rumah Sewa
* Urusan Universiti
* Dan macam-macam lagi la.
3. Biarlah hairul.net ini kesepian dulu tanpa sebarang update.
4. Fuh, Jepun memang best.
Jya, mata ne.
26/3/2009
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
1. Tamatlah riwayat aku dan rakan-rakan sebagai pelajar UNISEL.
2. Semuanya telah mendapat diploma, dan semua orang berjaya ke Jepun.
3. Fuh, letih sungguh masa majlis konvokesyen tadi.
- Penat menanti bini Najib: Datin Rosmah, dan rakan-rakan.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Sedikit pencabulan yang akan aku buat terhadap aktiviti rasmi yang telah ditetapkan oleh pihak Yayasan Pelajaran Mara (YPM).
10 Mac 2009
Rehearsal for Graduation Lunch
* Aktiviti membeli-belah di Midvalley dan Sunway Pyramid.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
Info ringkas: Pakai Contact Lenses, Boleh Nampak Hantu.
Fakta atau pun auta?
Anda fikirlah sendiri, atau buatlah kajian lanjut. Cuma, tak salahkan kalau berhati-hati. Jom, kita baca info di bawah.
Beres Sokmo: Hairul Faizal Adli.
1. Selamat tahun baru Cina. Gong xi fat choy.
2. Sekarang musim exam. Sibuk la sikit. Terasa begitu malas untuk menulis entri baru.
3. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami, pelajar JAD dan mengurniakan kepada kami keputusan yang cemerlang dalam exam ini.
Jya, kore kara, ganbarimasyou.
p/s: Tiada entri baru sehingga pertengahan bulan Februari.

