Diterbitkan oleh Hairul Faizal Adli.
Diterbitkan oleh Hairul Faizal Adli.
Pahlawan Yang Berlawan Untuk Mengawan
Ada dua ekor kuda mahu mengawan dengan seekor kuda betina yang rupawan. Bulu kuda betina itu memang lebat dan bentuk tubuhnya amat menawan. Mana-mana kuda jantan yang melihatnya pasti akan tertawan.
Untuk mengawan dengan kuda betina yang rupawan itu, dua ekor kuda jantan tersebut perlulah berlawan.
Kuda jantan yang pertama berwarna hitam seperti arang dan yang seekor lagi berwarna putih ibarat air susu yang berada di dalam cawan.
Dengan gaya ala-ala pahlawan, maka dua ekor kuda jantan itu pun terus berlawan. Perlawanan antara dua ekor kuda jantan itu tersangatlah sengit dan disaksikan oleh banyak haiwan.
Tiba-tiba, kuda putih menendang kelangkang kuda hitam dengan kuat dan terkena tepat pada bahagian kemaluan. Kuda hitam sakit bukan kepalang tetapi masih mampu untuk terus berlawan.
Kuda hitam mahu membalas dendam dan dia menendang kuda putih dengan begitu kuat tetapi tidak cukup untuk melayangkan kuda putih sampai ke awan. Walau bagaimanapun, tendangan itu sudah cukup untuk membuatkan kuda putih jatuh pengsan dan mulut kuda putih sudah berbuih-buih bagaikan terkena sawan. Kuda putih akhirnya tidak mampu lagi untuk terus berlawan.
Kemenangan menjadi milik kuda hitam, tetapi disebabkan oleh kemaluannya telah terkena tendangan yang kuat dari kuda putih, maka kuda hitam tidak mampu lagi untuk mengawan.
Kuda betina yang rupawan itu terus meninggalkan kedua-dua ekor kuda hitam dan kuda putih kerana ada lagi kuda jantan lain yang lebih berkemampuan untuk mengawan. Akhirnya, kedua-dua ekor kuda hitam dan kuda putih itu terlepaslah peluang untuk mengawan.
Itulah akibatnya kerana berlawan. Kuda yang menang menderita kesakitan di bahagian kemaluan. Kuda yang kalah pula berbuih-buih mulutnya bagaikan terkena sawan.
Aduhai, bahayanya kalau kita suka berlawan. Harap-harap cerita di atas hanya terjadi kepada kuda sahaja dan bukannya kepada kita, manusia-manusia yang suka berlawan.
“Aku mencari kawan, bukannya mencari lawan.”
Hairul Faizal Adli Bin Ab Ghani
31/10/2009
Satu Entri, Satu Buku.
Penulis : Ann Wan Seng
160 muka surat
Kejayaan bangsa Cina dalam bisnes sering menjadi misteri. Apakah kekuatan bangsa ini? Dari mana sumber ilmu mereka? Ada penulis yang memanggil jaringan bisnes mereka sebagai ‘The Bamboo Network’.
Buku yang menarik untuk mereka yang berminat menyingkap rahsia perniagaan cina.
Selama ini kita dihidangkan dengan kisah-kisah kejayaan masyarakat Cina dalam perniagaan. Tetapi kita jarang didedahkan dengan rahsia dan cara mereka berjaya. Rahsia Bisnes Orang Cina mendedahkan realiti, pantang larang, petua dan salah tanggapan masyarakat pada golongan ini. Orang Cina pandai berniaga bukan kerana mereka lahir sebagai bangsa Cina. Tetapi cara hidup yang dipraktikkan menjadikan mereka berjaya. Bagaimana?
Bersama kita membongkar rahsia kejayaan mereka melalui buku ini. Banyak teknik dan rahsia mereka dapat dipraktikkan supaya kita berjaya dalam bisnes.
Untuk membongkar lebih banyak rahsia tentang kejayaan bisnes orang Cina dan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan buku ini, tuan hanya perlu klik pada link di bawah.
>>>Klik di sini untuk membongkar RAHSIA BISNES ORANG CINA
Related posts:
- Mahu Bersaing Atau Mahu Berkawan? Berlawan itu sinonim dengan haiwan. Sebelum mengawan, jantan sesama jantan...
- Alang Yang Bukan Calang-calang "Barangsiapa yang pandai menggunakan internet, tetapi tidak pernah mendapat duit...
- Notis Yang Puitis 1. Selamat tahun baru Cina. Gong xi fat choy. 2....
Satu komen darimu, sejuta erti buat diriku.
Jom, hangatkan lagi perkongsian ini.
Lontarkan segera sebarang komen yang terlintas di fikiranmu.
« Ajaibnya Sedekah, Berkatnya Zakat Entri seterusnya:
Mahu Bersaing Atau Mahu Berkawan? »




cerita y menarik.da lama xkomen.
harap2 saya masih?lagi d anggap kawan
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli Reply:
November 4th, 2009 at 9:21 pm
Menarik ke? Terima kasihlah sebab suka cerita tu.
Kawan? Alahai, dah anggap lebih daripada kawan dah.
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]