Mahu mati dalam iman?

Mahu mati di Mekah?

Mahu mati ketika sujud?

Oh, bolehkah kita memilih cara kematian kita?

Wallahualam. Hanya Allah yang maha mengetahui. Di sini, ada sesuatu perkara yang menarik untuk kita renungkan bersama.

Bermula dengan kesudahan di dalam minda.

Bagaimana mahu mati?

Jika kita tahu bagaimana mahu mati, maka kita akan tahu bagaimana mahu hidup. Menentukan cara kematian kita akan menentukan cara kehidupan kita.

Andainya kita mahu mati dengan meninggalkan harta yang banyak untuk anak-anak, tentunya kita akan bekerja keras mengumpulkan harta kekayaan semasa hidup di dunia.

Sekiranya kita mahu mati syahid, nescaya kita akan sabar dan teguh dalam perjuangan menegakkan Islam sepanjang hayat kita.

Kalaulah kita mahu pahala yang sentiasa berterusan walaupun sesudah kita mati, pastinya kita perlu membuat amal kebaikan yang bermanfaat untuk seluruh umat manusia.

Jadilah orang yang menyampaikan ilmu, atau jadilah orang menyumbang kepada institusi masjid dan yayasan kebajikan, maka besarlah saham kebaikan kita di akhirat nanti.

Adakah kita mahu mati dengan meninggalkan khazanah ilmu yang berharga untuk umat manusia?

Jadilah penulis: penulis buku ataupun penulis blog. Menulis itu akan menghidupkan jiwa; jiwa pembaca dan juga jiwa penulisnya.

Jadi penulis begitu besar saham kebaikannya.

Biarpun jasad telah pun mati, tetapi ilmu yang tertulis itu akan terus hidup. Matinya seorang penulis tidak akan menguburkan hasil karyanya.

Jom, mari kita tentukan cara kematian kita dan kita pasti akan mengalami perubahan dalam hidup kita.

“Orang yang bijak adalah orang yang mengingati mati. Oh, begitu mendalam maksudnya.”

Hairul Faizal Adli Bin Ab Ghani

Hairul Faizal Adli Bin Ab Ghani

4/12/2009

Gandakan lagi kenikmatan tuan dengan entri berikut:

  1. Pahlawan Yang Berlawan Untuk Mengawan Dengan gaya ala-ala pahlawan, maka dua ekor kuda jantan itu...
  2. Erti Kegembiraan Bagi Diri Kita # Keindahan dunia ini tidak bergantung kepada kegembiraan kita, tapi...