Penyesalan.

Apa itu penyesalan?

Tahukah kita apa itu penyesalan?

Itulah yang kita rasa apabila tidak dapat melakukan sesuatu.

Peluang ada, upaya pun ada, tetapi kemahuan itu yang tiada.

Beruntunglah orang dapat melihat peluang dan bersungguh-sungguh melakukannnya.

Kejayaanlah yang bakal dinikmati.

Rugilah orang yang asyik memberikan alasan dan tidak mahu berusaha.

Itulah orang yang gagal.

Tahukah kita apa itu kegagalan?

Itulah kemahuan tanpa usaha.

“Semoga tahu kita mencetuskan mahu, dan mahu kita disertai dengan usaha.”

Hairul Faizal Adli Bin Abdul Ghani

"Sebarkanlah Islam ke seluruh alam, tidak kira siang atau pun malam."

Jom, mari kita sama-sama nikmati dan hayati entri-entri yang akan datang. Klik di sini untuk melanggan RSS feed lengkap hairul dot net sekarang juga.