Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Jyuu Nin Too Iro; 10 orang, 10 warna
Jyuu nin too iro.
10 orang, 10 warna.

Jyuu nin too iro.
Satu peribahasa Jepun…
10 orang, 10 warna…
Itu adalah maksud yang tersurat. Jika dikaji maksud yang tersirat, maka akan berseliratlah urat kita yang sarat di kepala itu, kerana terlalu banyak tafsiran yang dapat dibuat.
“Lain padang, lain belalang. Lain orang, lain ragamnya.”
Ini pula dalam versi bahasa Melayu. Peribahasa inilah yang sama maksudnya dengan peribahasa Jepun tersebut. Saya yakin dan penuh percaya, tuan-tuan yang dimuliakan pasti akan memahami maksud peribahasa ini, bukan?
Atau, adakah tuan-tuan mempunyai tafsiran yang tersendiri tentang peribahasa di atas? Tentu menarik kalau kita semua dapat berkongsi dan bertukar-tukar tafsiran tentang peribahasa ini.
Lain orang, lain ragamnya. Lain ilusi, lain fantasinya. Lain hati, lain realitinya. Itulah, kita sama-sama manusia, tapi kita semuanya berbeza. Dan perbezaan itulah yang menjadikan kita unik.

- “Just because you are unique, does not mean you are useful.”
Saya pemarah, tuan peramah. Saya serius, tuan rileks sahaja. Saya dan tuan nyata berbeza, tetapi kita tetap serasi bersama.
Ibarat aiskrim dan root beer, dua benda yang berbeza, tetapi masih dapat menghasilkan float yang teramat sedap.
Float? Oh, tiba-tiba sahaja saya terasa mahu menjamu selera di A&W.
Pemikiran Kita Berbeza
Lain kepala, lain otaknya. Lain otak, lain pemikirannya.
Kita semua ada pemikiran yang berbeza, dan kadang-kadang pemikiran kita sama sekali bertentangan. Banyak faktor yang mempengaruhi jenis cara pemikiran kita dan pemikiran kita juga tidak dapat diubah dengan sebegitu mudah.
Jom, mari kita buat analisis ringkas untuk beberapa contoh pemikiran kita yang berbeza.

Harta Dan Cinta
Tuan kata, harta, wang itu sumber kebahagiaan, tetapi ada juga yang kata, cinta itu adalah segala-galanya. Ini pula kata-kata saya;
“Antara harta dan cinta, saya pilih kedua-duanya. Ada harta hidup senang, ada cinta hidup bahagia.”
Ada yang memandang harta semata-mata, sehingga membutakan mata pada cinta. Isteri lama ditinggalkan, anak-anak pula dahagakan kasih sayang. Mungkin pada fikiran kita, harta itu pengikat cinta.
Ada juga jenis orang yang selalu meminggirkan harta, mahu hidup zuhud di dunia nyata. Kata mereka;
“Walaupun miskin, saya tetap bahagia.”
Isk, jenis kebahagiaan apakah itu kalau makan pakai anak bini pun tidak terurus?
Jangan dilupa, harta tetap penting meskipun ada yang menganggap harta sebagai sumber keangkuhan, punca kejahatan dan menanamkan sifat tamak dalam diri.
“Money is the root of all evil. “
Oh, saya langsung tidak setuju dengan ayat ini.
Nampakkan, pemikiran kita sama sekali berbeza. Kita memandang harta dan cinta dari perspektif yang berbeza.
Jom, mari kita analisis dua aspek seterusnya.
Perempuan
Tuan kata, tuan suka perempuan yang senyap, sebab dia bersopan-santun, tetapi saya pula suka kepada si dia, seorang perempuan yang periang. Gembiranya tak henti-henti, menyebabkan saya sentiasa bersenang hati.
Tidak kisahlah, sesiapa jua pilihan hati. Yang penting, si dia itu pasti ada daya tarikan istimewa yang tersendiri.
Ada yang tertawan pada perempuan kerana paras dan rupa. Ada juga yang memandang harta melebihi cinta, dan ada juga yang mencintai perempuan kerana mahukan kesenangan.
Walau apa jua alasan kita untuk mencintai seseorang perempuan, semuanya berbalik kepada pemikiran kita. Dari sudut mana sekalipun kecantikan dan daya tarikan perempuan itu, ia ditentukan oleh perspektif dan pemikiran kita.
“Beauty is in the eye of beholder.”
Oh ya, saya ini lelaki. Oleh sebab itulah saya bercakap tentang perempuan. Jika ada cik-cik jelita atau puan-puan yang menawan terbaca artikel ini, gunakanlah versi lelaki, ye.
Kejayaan dalam hidup
Tuan kata, kejayaan seseorang ditentukan oleh helaian sijil, kepingan ijazah dan juga gulungan skrol-skrol pengiktirafan ilmu. Keluar universiti, pekerjaan sudah menanti.
Ya, saya juga setuju.
Walau bagaimanapun, alam realiti memerlukan lebih dari sekadar ijazah.
Kejayaan di universiti akan dicopmohorkan pada sekeping kertas. Namun, kejayaaan dalam kehidupan yang sebenar, kita sendiri yang akan menentukannya. Ijazah yang kita ada dapat memudahkan proses mendapatkan kerja, tetapi saya tidak berapa setuju kalau ada orang yang mengata bahawa ijazah itu adalah segala-galanya.
Selagi berpeluang, sambunglah pengajian kita hingga ke tahap master atau PhD sekalipun.
Cuma, kita bukannya jenazah kalau tiada ijazah. Saya yakin dan percaya, kita tetap boleh hidup bergaya dan berjaya, walaupun tanpa sebarang ijazah.
Sekali lagi, suka untuk saya tegaskan;
Helaian ijazah itu penting dan memudahkan kehidupan kita, tetapi, tanpa sebarang ijazah sekalipun kita tetap boleh berjaya dan mampu menjadi jutawan.
Politik.
Oh, kita sudah sampai kepada topik yang paling panas, iaitu politik.
Pendirian politik kita pasti berbeza. Tuan sokong parti yang itu, tetapi saya pula sokong parti yang ini. Tuan sokong barisan yang itu, tetapi saya tetap dengan pakatan yang ini.
Oh, cukuplah di sini. Kalau kita bercerita pasal politik lagi, tuan-tuan dan saya pasti akan masuk ke gelanggang perdebatan yang tiada sudahnya.
Kesimpulan
Saya rasa cukuplah dengan beberapa contoh perbezaan di atas. Nampak sangatkan, pemikiran kita nyata berbeza.
Walau bagaimanapun, saya tidak pasti kalau-kalau ada salah seorang dari tuan-tuan yang mempunyai pemikiran yang sama dengan saya. Teringin juga untuk saya mengetahuinya, siapakah antara tuan-tuan yang sama pemikirannya dengan saya.
Apabila bercakap pasal perbezaan ini, saya teringat pada satu firman Allah;
“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya.”
Surah Al-Hujurat, ayat ke 13.
Sebenarnya, saya sengaja memilih topik ini supaya saya dan tuan-tuan sentiasa sedar dan saling menghormati perbezaan-perbezaan yang ada antara kita semua.
Semoga yang kaya tidak menghina yang miskin dan yang cemerlang tidak memperlekehkan orang yang kurang berjaya.
Ingatlah, manusia tidak dijadikan bodoh atau pun pandai. Manusia hanya dijadikan dengan kepandaian yang berbeza. Sebab itulah, kita semuanya berbeza.
Akhir kata, terimalah perbezaan yang ada sesama kita dan bersyukurlah dengan persamaan masing-masing.
Tuan tidak sama dengan saya, tetapi saya tetap akan menghormati tuan. Tuan juga berbeza dengan saya, tetapi saya akan sentiasa menghargai tuan.
Kita berbeza tetapi serasi bersama.
“Realiti Kita Nyata Berbeza.”

Hairul Faizal Adli Bin Abdul Ghani
19/12/2009
Satu komen daripada tuan, sejuta erti buat diriku.
~ohohoho… betul. manusia mmg x sama. berbeza pastinya.
~kalau wujud persamaan, barulah terbit kesepakatan
~kalau wujud perbezaan, barulah terbit kepelbagaian
http://gjada-iniaku.blogspot.com/2009/10/kita-tersendiri.html
~saja je…hehe
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli Reply:
December 20th, 2009 at 10:18 pm
Kita terima perbezaan, kita cari titik persamaan.
Kita memang tersendiri, ada keunikan tersendiri.
Jom, hangatkan lagi perkongsian ini.
Lontarkan segera sebarang komen yang terlintas di fikiran tuan.
« Hijrah Yang Menagih Darah Entri seterusnya:
Tuhan Saya Adalah Gajah »


bagus entry kamu ini.. semoga update setiap masa dengan benda2 berguna, k
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli Reply:
December 20th, 2009 at 11:52 am
Terima kasih banyak, tuan. Selamat datang ke hairul dot net.
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]