Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Ada Pesanan Dalam Kebosanan
MATI PUCUK;
Igauan ngeri seorang lelaki. Sakitnya tidak mencucuk-cucuk tetapi menghilangkan terus kejantanan seseorang.
MATI KEMALANGAN;
Jalan raya menjadi laluan maut. Memandu di jalan raya boleh diibaratkan sebagai perjalanan ekspres menuju ke alam kubur.
MATI SYAHID;
Impian kita sebagai pejuang Islam. Tidak kira siang ataupun malam, marilah kita bangkit mempertahankan Islam.
MATI KEBOSANAN;
Satu kematian yang amat merugikan manusia. Tubuh masih bernyawa tetapi saraf pemikiran telah pun tamat riwayatnya.
Alahai, kebosanan boleh membunuh rupa-rupanya.
Air yang bertakung menjadi rosak kerasa statiknya ia tanpa bergerak. Pemuda yang hanya duduk mencangkung menjadi rosak kerana tiada perjuangan yang mahu digerak. Pemuda yang banyak masa lapang tanpa perjuangan, akan dibunuh oleh masa lapangnya itu.
Itulah yang terjadi pada diri saya dan mungkin juga selalu terjadi pada diri tuan.
Dulu, semasa dalam tempoh kuarantian disebabkan oleh serangan virus H1N1, ruang pemikiran ini sering dipenuhi dengan idea tentang kematian.
Mati di Jepun, bagaimanalah jenazah mahu dibawa pulang ke Malaysia?
Tinggal seorang diri, adakah ada orang yang akan perasan yang jasad kita sudah tidak bernyawa?
Alahai, kalau mati sekarang, sudah sediakah diri ini untuk mengadap Allah dengan bekalan amal yang teramat sedikit?
Serangan virus H1N1 telah membataskan pergerakan saya dan terlalu banyak masa yang dihabiskan dengan berbaring di atas katil. Banyak berbaring mengundang boring.
Mula-mula, diri ini terasa bahawa kematian akan menjelang tiba kerana serangan virus. Rupa-rupanya tidak, diri ini lebih terseksa dengan kebosanan yang melanda sepanjang tempoh kuarantin di dalam rumah selama seminggu.
Disebabkan terlalu bosan tanpa sebarang gerak kerja yang bermanfaat, terdetik juga di hati ini dengan kata-kata berikut.
“Alahai, kalau aku mati pun bukan disebabkan oleh H1N1, tetapi aku akan mati disebabkan oleh kebosananan.”
Hari ini, kebosanan itu kembali lagi melanda jiwa sehingga boleh menimbulkan keresahan dan menambahkan rasa stress.
Mungkinkah ada sesuatu yang jiwaku ini belum menikmatinya? Mungkinkah matlamat hidupku ini belum jelas lagi tujuannya?
Dalam kebosanan ini, aku mengembara mengenali diri.
Sesungguhnya dalam bosan itu ada pesan dan dalam musibah itu ada muhasabah.
“Ada pesanan dalam kebosanan. Diri ini mahu mencari wawasan dan menyingkirkan segala alasan. Kita tidak boleh lagi bermalas-malasan.”
Hairul Faizal Adli Bin Ab Ghani
14/11/2009
Satu Entri, Satu Buku.
“Solat dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kemiskinan, dan tidak ada yang memelihara solat kecuali hanya orang yang bertaubat.” – Hadis Riwayat Tirmizi.
Alahai, kita selalu berdoa mahukan rezeki yang melimpah-limpah, tetapi betapa liatnya kita untuk solat sunat dhuha yang dua rakaat itu. Betapa daif dan lemahnya diri kita. Ampunilah dosa kami ya Allah.
Magnet Rezeki Dengan Solat Duha.
Hairul Faizal Adli Bin Abdul Ghani

"Sebarkanlah Islam ke seluruh alam, tidak kira siang atau pun malam."
Jom, mari kita sama-sama nikmati dan hayati entri-entri yang akan datang. Klik di sini untuk melanggan RSS feed lengkap hairul dot net sekarang juga.
« Mahu Bersaing Atau Mahu Berkawan? Entri seterusnya:
Pelukan Hangat Pada Musim Sejuk »


ee..takutnya.jangan la cakap begitu.mintak2 la dijauhkan mati tanpa “ucapan”
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul:
November 28th, 2009 at 4:51 pm
Nak suruh aku ucapkan apa?
Oh, nak suruh aku wasiatkan semua harta kat ko eh?
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
ila:
December 29th, 2009 at 10:16 am
kelakarnya hahahahahhh
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli:
December 29th, 2009 at 4:58 pm
Oh, cik ila pun nak masuk dalam senarai wasiat juga ke?
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]