Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Puasa Lambang Kuasa
Marhaban Ya Ramadan.
Merdeka, merdeka, merdeka.
Alhamdulillah, hari ini hari pertama kita berpuasa. Marhaban ya Ramadan. Semalam pula Hari Kemerdekaan. Syukur, dapat lagi kita bertemu dengan Ramadan pada tahun ini, satu bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan. Sekali lagi, syukur kerana negara kita juga masih merdeka.
Tapi, jangan dilupa pada saudara kita di Palestin. Tak kira bulan puasa atau pun tidak, mereka sentiasa diancam oleh Israel yang kejam.
Merdeka kali ini cukup istimewa. Datangnya berkembar dengan bulan Ramadan yang penuh barakah. Kita merdeka dari penjajah, kita merdeka dari godaan syaitan. Tiada lagi penjajah yang menawan, tiada lagi syaitan yang menggoda.
Namun ingatlah, penjajahan kuasa asing boleh berulang, dan kita merdeka daripada syaitan hanyalah sebulan. Walaupun syaitan dibelenggu, nafsu tak pernah lesu untuk menggoda kita.
Puasa Lambang Kuasa
Apabila berpuasa, lapar dan dahaga itu perkara biasa. Apabila berpuasa, orang yang gagah perkasa juga bisa kehilangan kuasa. Sungguh letih dan begitu seksa.
Tapi, Nabi Muhammad dulu pernah berperang di bulan puasa. Orang muslimin tetap menang memegang kuasa.
Sekarang, Malaysia sudah merdeka. Tiada lagi perang, tak ada siapa pun yang menyerang. Bulan puasa di Malaysia sungguh aman, dan kita boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadat puasa. Ramadan inilah yang membuka seluas-luas peluang untuk kita meningkatkan amal ibadah.
Sempena Ramadan kali ini, beribadahlah tanpa bosan, letih bukan alasan, kerana puasa itu lambang kuasa.
Istimewa Ramadan
“Sesiapa yang berpuasa pada siang harinya dan bangun pada malam harinya kerana iman dan mengharapkan pahala Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu.”
Satu lagi hadis Nabi untuk renungan kita.
“Sekiranya umatku tahu kelebihan yang ada dalam bulan Ramadan, nescaya mereka inginkan semua bulan menjadi bulan Ramadan.”
Topuplah ibadah sebanyak mungkin pada bulan Ramadan, nanti di akhirat boleh redeem pahala banyak-banyak. Bulan Ramadan ada macam-macam bonus dan ganjarannya juga lebih hebat. Pahala amalan berganda dan kebaikan kita tiada tarikh luputnya.
Cuma, tawarannya hanya sah untuk 30 hari sahaja dan ianya bermula pada hari ini, 1 September 2008, 1 Ramadan 1429 Hijrah.
Rebut segera tawaran ini. Dapatkan ganjaran lumayan dari Allah selagi stok umur masih ada.
Tahun depan Ramadan pasti datang lagi, dan tawaran ini akan ada lagi. Itu memang pasti. Yang tak pastinya, adalah MATI. Malaikat Izrael akan datang pada bila-bila masa. Datangnya tak perlu dijemput, dan perginya bersama-sama roh kita.
Jadi, jangan main redah bila beribadah. Jangan bertangguh, kena bersungguh-sungguh. Semoga Ramadan kali ini lebih makna, agar dapat kita harungi dengan sempurna.
Kepada rakan-rakan sekalian, hairul.net mengucapkan selamat berpuasa.
“Realiti Kita Nyata Berbeza.”
Satu komen daripada tuan, sejuta erti buat diriku.
betul2..
dengan puasa jugak kita jadi sihat…
salam ramadhan bro…
Selamat berpuasa.
Kat Jepun tiada JAWI yang nak tangkap orang yang tak puasa. Tapi, jangan tak puasa pula….hehe
Raya pun kat Jepun la kan? Aduhai, sedihnya.
ak igt dapat la komen yg 1st, tp x sempat plak..
puase ni la mase nk menundukkan nafsu.. sbb nafsu tu dpt dikawal dgn lapar..
bg org yg dah biase puase sunat tu.. sng la kot..
peja, puase jgn ponteng, nnt kt jepun lg susah nk bayar blek.. tarawikh pun.. huhu..
Hehe….
Tak sempat nak bagitau aku dah update.
Eh, mana pernah aku ponteng puasa. Terawih je.
samat berpose..!!
Selamat bepuasa juga.
Terawih? Erk, malam nanti la…..hehe
Selamat berbuka puasa malam nanti.
Jom, sama-sama hayati Ramadan kali ini.
first time lepak sini..
selamat berpose bro..
Assalamualaikum Afham.
Salam perkenalan, salam Ramadan, selamat berpuasa.
salam perkenalan gak!!
Selamat berpuasa.. salam kenal..
mochiron la..
raye ni, jyugyo pn dah start. nk ponteng la hari tu, beraye kat embassy pn ok kot.
korang raye la puas2 kat msia tu. thn dpt x dpt rase dah. hahah
ramadan yg di rindui kembali, tetapi sejauh mane kerinduanku terhadap bln yg penuh barakah ini…rasenye tidak la serindu para sahabat merindui keberkatan dan kedatangan bln ramadan ni kalo nk d bndingkan ngan ak…tp ape2 pon ku harapkan ramadan kali ni lebih mengajar ak erti keimanan dan erti kenikmatan d lahirkan sbg umat kekasih Allah…
Rindu pada Ramadan, rindu pada ma dan abah di kampung.
Salam ramadhan..semoga byk perkara kebaikan dapat kita lakukan tahun ini..
terima kasih sharing info/ilmunya…
saya membuat tulisan tentang “Mengapa Pahala Tidak Berbentuk Harta Saja, Ya?”
silakan berkunjung ke:
http://achmadfaisol.blogspot.com/2008/08/mengapa-pahala-tidak-berbentuk-harta.html
salam,
achmad faisol
http://achmadfaisol.blogspot.com/
Salam Ramadan dari hairul.net.
Ya, harap-harap macam tu la. Semoga kita tak dikalahkan oleh nafsu.
Salam Ramadan dari Malaysia.
“puasa lambang kuasa”
sila terangkan dgn lebih dalam..
slamat berpuasa sahabatku..
entri yg bermakna dibulan yang penuh makna..
KORANG SUME!,jangan lupe untuk menghidupkan kempen yg telah aku lancarkan….kempen MARI MENGKOMIKKAN ALQURAN!
Hanya orang yang tak rasa letih semasa berpuasa sahaja yang memahami maksudnya.
“Entri yang bermakna di bulan yang penuh makna.”
Entri ini tambah bermakna apabila dibaca oleh akubukanmatmin.
Jom surau, jom tadarus.
nnt nk msuk entri br ko skat smo komen..kasi ak dpt 1st komen..haha
hehe..sape yg x letih klu bpuasa?
ape erti puase klu x penat,lapar dan dahaga?
renung2 kanlah
Ape erti puasa kalau tak penat, lapar dan dahaga?
Rugilah kita kalau sekadar mendapat penat, lapar dan dahaga sahaja.
memang rugi tapi apa manisnye ganjaran jika tiada susah-payah untuk mendapatkannya..penat,lapar dan dahaga satu usaha untuk pahala,walaupun ia bkn sesautu yg menentukan penerimaan ganjaran tp ia ttp satu usaha..penentunya adalah keikhlasan
Penentunya adalah keikhlasan, dan ikhlas itu sendiri sukar ditentukan.
hehe…tiada org yg mampu menentukan keikhlasan org lain melainkan org itu sendiri dan Tuhan Yang Maha Mengetahui
^
^
org yg mengganggap dirinye lebih istimewa dr org lain..walhal………………………………………………
……………………………………………………………
……………………………………………………………
“Tiada orang yang mampu menentukan keikhlasan orang lain melainkan orang itu sendiri.”
Susah juga tu. Kadang-kadang kita sendiri pun tak tahu sama ada kita ikhlas ataupun tak. Ikhlas ini satu persoalan yang cukup rumit.
Hanya Allah yang maha mengetahui.
min try nak rasuah ko..ko jge2 peja!
Jom, hangatkan lagi perkongsian ini.
Lontarkan segera sebarang komen yang terlintas di fikiran tuan.
« Merdeka, Puasa Dan Megasales Entri seterusnya:
Esok Baru Update »


ow… selamat berpuase khas dr kanagawa…
hari ni sempat aku bersahur bersama budak2
tokai. sedap kari ayam fani td.
ptng ni jgn terlupe aku ni puase dah le…eheh
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]