Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Risau Itu Sasau
Assalamualaikum, tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan.
Saya ada satu rahsia yang mahu dikongsikan bersama-sama. Rahsia ini bukannya rahsia untuk menjadi kaya, bukannya rahsia untuk menghasilkan duit, cuma rahsia yang kita selalu terlepas pandang selama ini.
Apakah rahsia itu? Rahsia kebahagian? Rahsia awet muda?
Ya.
Rahsia ini telah terbukti berkesan untuk mendapatkan kebahagiaan dalam kehidupan kita dan sekaligus menjadi rahsia untuk kelihatan muda dan kekal menawan.
Jom, mari kita bongkarkan rahsia tersebut.
Kita mulakan pembongkaran rahsia ini dengan analisis kerisauan yang biasa kita alami. Kenal pasti kerisauan kita, agar mudah untuk kita sama-sama mengatasinya.
- 40% orang risau pada sesuatu perkara, tetapi perkara yang dirisaukan itu langsung tidak terjadi.
- 30% orang risau pada perkara-perkara yang sudah lepas dan tidak boleh diubah lagi.
- 12% yang lain pula risau tentang kesihatan.
- 10% lagi risau tentang perkara-perkara yang amat kecil dan remeh-temeh.
- 4% pula risau tentang perkara-perkara yang akan datang dan perkara itu kita langsung tidak akan dapat mengubahnya.
- 4% lagi adalah risau pada perkara yang boleh kita lakukan.
Kenapa Perlu Risau?
Risau itu sifat semula jadi manusia. Hendak dibuang terus, itu sesuatu yang mustahil. Lainlah kalau kita ini seorang manusia robotik, mempunyai fungsi yang fantastik, tetapi beremosi statik, langsung tidak berperasaan.
Apabila kita risaukan sesuatu, itu tandanya kita masih mempunyai emosi dan perasaan. Itulah tandanya kita memang betul-betul manusia, sebaik-baik makhluk yang diciptakan oleh tuhan.
Walau bagaimanapun, apabila kita membiarkan kerisauan menguasai diri, kerisauan itu akan mencipta barah-barah kemurungan yang akan menghapuskan segala kegembiraan kita.
Risau itu juga seperti pisau, boleh menghiris selaput ketenangan jiwa.
Apabila kita risau, jiwa kita tidak tenteram dan kita hilang ketenangan. Kita resah, kita gelisah dan perasaan itu sememangnya membawa susah. Segala-galanya serba tidak kena.
Dalam satu kajian yang belum terbukti lagi kebenarannya, jangka hayat orang-orang yang selalu gelisah ini selalunya pendek; pendek umur. Oh, lagilah kita risau apabila mendengar kenyataan ini, bukan? Kalau kita risau, bertambah pendek lagilah jangka hayat kita.
Perlukah kita risau?

La Tahzan, Jangan Bersedih, Jangan Risau
Apabila kerisauan melanda diri, kita mintalah pada tuhan agar kita diberikan ketenangan dan semoga semua urusan kita menjadi mudah.
Seterusnya,kita berusaha untuk mengurangkan kerisauan yang melanda kita.
Kerisauan itu datangnya dari minda dan pemikiran yang negatif.
Apabila kerisauan itu bersangkut paut dengan minda, kita sebenarnya boleh mengawal kerisauan itu. Kita hanya perlu berfikir secara positif dan mencari kegembiraan dalam diri kita.
Cuba kita imbas kembali memori-memori manis kita alami selama ini. Kita fikirkan perkara-perkara yang indah lagi mengasyikkan. Berfantasilah, kerana asal realiti itu pada fantasi. Terjemahkan kegembiraan kita di alam fantasi itu ke alam realiti. Kegembiraan di alam realiti itulah yang paling utama.
Pemikiran kita akan membentuk realiti kita. Pemikiran yang positif adalah sumber kebahagian kita.
Senyum Itu Ubat Mujarab
Senyum.
Cuba kita senyum.
Oh, tidak mahu senyum ye? Senyumlah.
Senyum.
Apabila kita senyum, separuh kerisauan kita akan terbang melayang. Senyum itu asas kegembiraan.
Tidak percaya?
Cuba kita senyum.
Senyum.
Kalau tuan tidak senyum, tuan tidak dapat merasai kegembiraan yang dialami oleh sahabat kita yang sama-sama membaca artikel ini. Mereka sudah tersenyum dan mendapat secebis kegembiraan. Untuk berasa gembira, tuan terpaksa senyum juga nampaknya.

#Untuk kita yang jarang tersenyum.
Kita tiada sebab untuk senyum?
Terlalu risau hingga terlupa untuk senyum?
Ok. Paksa juga diri kita untuk senyum.
Senyum.
Senyum.
Senyum.
Ha, kan sudah boleh senyum.
Secara psikologinya, walaupun kita senyum secara paksaan sekali pun, senyuman itu adalah sesuatu yang positif. Walaupun kita risau, paksa juga diri kita untuk tersenyum.
Hasilnya amat menakjubkan. Tuan alamilah sendiri. Senyumlah, wahai si manis, para pembaca hairul dot net.
Risau lagi?
Terlebih risau kita boleh jadi sasau. Mari kita keluar dari kepompong kerisauan. Hidup kita mesti sihat dan ceria.
“Saya menulis entri ini sambil tersenyum. Semoga tuan juga mampu membacanya sambil tersenyum. Senyumlah.”

Hairul Faizal Adli Bin Ab Ghani
12/11/2009
~saya tersenyum baca entri ini. hehe~
~adakalanya, senyum tu dpt sembunyikan perasaan kita yg sebenar. dan juga dpt menggambarkan perasaan kita yg sebenar.
~senyum itu unik. (tetiba lak)
« Mat Rempit Yang Tersepit Entri seterusnya:
Hijrah Yang Menagih Darah »


saya salo riso,mampu ke nak kumpul duit banyak,sb sy mnat sgt shopin.tapi,niat nak duit banyak bukan sb shopin sje,sy nak jadi slh sorg org melayu terkaya d malaysia.harta2 saya mampu menanggung beberapa keturunan saya.tetapi,haruslah mereka berbuat baik dengan harta saya sekiranya inginkan harta tersebut seperti yang dilakukan Bukhari.dan berniat nak membantu orang2 kita yang susah y ditipu janji2 manis orang politik.kesian dorang.hidup dengan harapan kan?saya taw incik peja pon begitu dan sama2 kita doakan kekayaan harta dan jiwa bersama.
::selepas baca artikel n meluahkn perasaan saya d sini,risau saya da berkurang!yeay!saya akan kekal muda kan :p ::
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli:
December 15th, 2009 at 9:38 pm
Sugoiii…
Insya Allah, kita akan kaya nanti; kaya harta, kaya pahala.
Mesti awet muda punyalah. Walaupun umur dah bertambah nanti, jiwa tetap muda.
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]