Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Bertemu Dengan Raja Segala Raja
Nak jumpa menteri kena buat janji temu (appointment), banyak pula kerenah birokrasinya. Nak jumpa raja lagilah susah, bermacam-macam protokol yang perlu dipatuhi.
Nak jumpa artis dan bermesra dengannya, bukannya mudah. Artis kan sibuk dan tiada banyak masa untuk melayan kita.
Nak jumpa pensyarah mahu berbincang sesuatu pun susah, kadang-kadang pensyarah ada mesyuarat dan ada hal yang tersendiri.
Oh, sibuknya kita mahu berjumpa dengan orang itu dan orang ini. Dan kebanyakan orang yang kita nak jumpa, semuanya ada kepentingan untuk kita. Alangkah susahnya mahu berjumpa dengan manusia.
Lain pula dengan Raja Segala Raja. Dialah Allah, tuhan yang kita sembah.
Nak jumpa Allah, nak bercakap dengan Allah, mudah sahaja.
Solat (sembahyang). Melalui solat, kita mendekatkan diri kepada Allah, dan dengan doa kita berkomunikasi dengannya.
Nak minta kerja, kita kena buat surat permohonan, kena tunjukkan bakat dan kehebatan diri. Tetapi, kalau nak minta doa dengan Allah, mudah sahaja. Sujudlah kepada Allah dan rendahkan diri kita, akui kelemahan diri, akui yang diri kita ini adalah hamba kepadanya.
Ya, kita adalah hamba Allah. Hambanya itu tarafnya amatlah rendah, tetapi Allah sentiasa meninggikan darjat kita. Allah sentiasa mendengar doa dan permintaan kita. Allah tidak pernah jemu memberikan rezeki kepada kita, tetapi kitalah yang sombong dan malas berdoa kepada Allah.
Ya Allah, ampunilah doa kami, sesungguhnya kami ini hambamu yang hina.
Hairul Faizal Adli Bin Abdul Ghani

"Sebarkanlah Islam ke seluruh alam, tidak kira siang atau pun malam."
Jom, mari kita sama-sama nikmati dan hayati entri-entri yang akan datang. Klik di sini untuk melanggan RSS feed lengkap hairul dot net sekarang juga.
« Sombong Tetapi Ikhlas Dan Menunjuk-nunjuk Dengan Ikhlas Entri seterusnya:
Kuasa Orang Kampung »
