Status Facebook Hairul Faizal Adli sepanjang bulan Ramadhan ini. Untuk peringatan kepada diri sendiri dan semoga bermanfaat untuk rakan-rakan sekalian.

1. Indahnya perasaan sepanjang menunggu waktu berbuka puasa. Waktu bertukar waktu, makin ditunggu makin rindu, makin dekat makin terpikat. Selamat berpuasa dan selamat beramal untuk rakan-rakan semua.

2. Best kalau kita boleh puasa di musim sejuk. Siangnya pendek malamnya panjang. Tunggulah, sekarang kita puasa di musim panas, nanti kita berpeluang untuk puasa di musim sejuk. Puasa di Malaysia juga best, dari kita lahir sampai ke mati, suhu sentiasa sederhana dan sama sahaja. Duduklah di mana-mana sahaja, dengan Islam kita akan menikmati keadilan Allah.

3. Bermujahadah untuk melakukan tugas-tugas harian. Kita mampu berpuasa penuh kerana tidak aktif dan produktif. Iman mungkin bertambah tetapi badan menjadi lemah. Ada sesuatu yang tidak kena kalau berterusan begini. Jom, mari kita berpuasa dengan sepenuh iman dan mari kita bekerja dengan sepenuh tenaga.

4. Ya Allah, kau gantikanlah kelaparan dan keletihan kami berpuasa dengan keampunan dan balasan syurgamu.

5. Hari ini puasa yang keenam. Ya Allah, jauhkanlah kami daripada neraka jahannam.

6. Esok puasa yang kelapan. Ya Allah, cerahkanlah masa depan kami seperti bintang-bintang yang berkerlipan.

7. Nyam… Nyam… Nyam… Buka puasa dengan tomyam, makan nasi lauk ayam, malam-malam kita qiam, tak usah main meriam. Salam ceria dan selamat berbuka.

Ramadhan ini mungkin Ramadhan yang terakhir untuk kita. Puasa hari ini mungkin yang puasa yang terakhir untuk kita. Ittakullah, bertakwalah kita kepada Allah. Ya Allah, kau ampunilah dosa kami.

Hairul Faizal Adli Bin Abdul Ghani

"Sebarkanlah Islam ke seluruh alam, tidak kira siang atau pun malam."

Jom, mari kita sama-sama nikmati dan hayati entri-entri yang akan datang. Klik di sini untuk melanggan RSS feed lengkap hairul dot net sekarang juga.