Rumah Bertukar, Tetamu Tetap Sama
Rumah terbuka sempena hari raya di Jepun pada tahun ini memang banyak. Rumah selalu bertukar, tetapi tetamunya asyik-asyik muka yang sama sahaja. Hahaha…
Juadah yang tersedia bertukar jenis dan rasa, tetapi selera makan kami tidak pernah berkurangan, bahkan makin bertambah-tambah.
Itulah yang seronoknya berhari raya di Jepun.
Kegembiraan semasa berkumpul bersama-sama pasti akan membuatkan kami tersenyum apabila kami mengenangnya semula. Anak cucu kami juga mungkin akan berpeluang mendengar kami menceritakan pengalaman ini kepada mereka suatu hari nanti.
Rakan-rakan yang pulang beraya di tanah air, berbahagia dengan keluarga di sisi mereka. Kami yang beraya di perantauan pula, tetap bahagia dengan kerinduan kepada keluarga. Jauh di mata dekat di hati.
Indah sungguh suasana raya di perantauan kali ini. Untaian kata tidak dapat menggambarkan kebahagiaan kami, taipan keyboard tidak mampu mengungkapkan kegembiraan kami.
Kami beraya di perantauan dan kami tetap gembira. Kami bahagia dengan kerinduan kepada keluarga dan kami ceria dengan adanya rakan-rakan di sisi. Terlebih utama, kami gembira kerana kami ada Allah. Ingat Allah, hati-hati pasti akan menjadi tenang.
# Ingatan untuk diri sendiri: Muhasabah dirimu dan nilaikanlah erti sebulan kamu berpuasa selama ini. Telah hancur leburkah amalanmu di bulan Ramadhan dengan kegembiraanmu yang melampau-lampau setelah tibanya Syawal?
Hairul Faizal Adli Bin Abdul Ghani

"Sebarkanlah Islam ke seluruh alam, tidak kira siang atau pun malam."
Jom, mari kita sama-sama nikmati dan hayati entri-entri yang akan datang. Klik di sini untuk melanggan RSS feed lengkap hairul dot net sekarang juga.
SELAMAT HARI RAYA…
BISNESKU.COM
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli:
September 26th, 2010 at 1:14 pm
Selamat hari raya Tuan Nornizam. Semoga berbahagia sentiasa bersama keluarga yang tercinta.
« Angguk-angguk, Sengguk-sengguk Entri seterusnya:
Ingat Kawan, Jangan Lupakan Allah. »

bagus la tu peja kalau hepi beraya kat sne.takyah balik malaysia trus pn tkpe.hahahah
- Artikel terbaru di blog matle: SeLaMaT HaRi RaYa!!!
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli:
September 21st, 2010 at 3:08 am
Haha… Kat sini happy, beraya kat Malaysia, bertambah-tambah happynya.
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]