Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Rempah Ratus Kehidupan
Entri ini adalah sambungan kepada entri Keldai Pun Pandai.
…….
Masalahnya, kenapa ada yang siap awal dan kenapa ada yang tidak siap-siap juga? Kenapa ada yang dapat jawab dan kenapa ada yang langsung tidak faham dengan soalan yang ditanya?
Banyak jawapannya.
1. Tahap kegeniusan yang berbeza-beza.
2. Kuantiti dan jangka masa belajar.
3. Tahap kegelabahan dan ketenangan semasa exam.
4. Faktor keberkatan ilmu dan kuasa doa kepada Tuhan.
Serta banyak lagi jawapannya.
Kemudian, kita semua banyak persamaannya, tapi markah peperiksaan jauh sekali berbeza.
1. Kita semua ada satu kepala, satu otak dan tidak ada yang terkena barah otak.
2. Kita belajar dengan cikgu yang sama, buku teks yang sama dan di dalam kelas yang sama.
3. Setiap hari , masing-masing ada 24 jam. Pembahagian masa adalah adil dan sama untuk semua orang.
Apa Perbezaannya?
Jadi, apakah yang membezakan kita semua? Kenapa ada orang yang dapat markah 100, tetapi kita dapat markah kosong. Orang lain belajar, kita pun belajar juga. Di manakah silapnya kita? Belajar sama-sama, main pun sama-sama, tapi result pula yang lain-lain.
Pelik, pelik. Apa yang peliknya?
Kita semua memang ada satu otak sahaja. Tetapi, tahap kecerdasan otak adalah berbeza-beza. Ada yang cepat faham dan ada yang lembab. Belajar benda yang sama, tetapi lain-lain kefahamannya.
Cikgu mengajar benda yang sama, tetapi daya pemahaman setiap orang adalah berbeza-beza. Daya tahan mengantuk dan kalis bosan juga berbeza-beza. Cikgu mengajar punya la bosan, tetapi ada yang dapat tahan dan mengikuti pelajaran.
Semua orang ada 24 jam sahaja setiap hari. Tidak ada yang lebih, tidak ada yang kurang.
“Isk……. Aku tak cukup masa study la. Sempat ke nak belajar semua benda ni?”
“Tu la, kau banyak main. Masa cikgu mengajar kau tidur. Masa orang study, kau lepak-lepak main game.”
“Eh, Ali tu lagi kuat main game daripada aku. Study sikit je, tapi result dia memang gempak la. Pelik aku.”
“Apa yang peliknya. Ali tu genius, bukan macam kau. Sekali baca je, terus faham. Dah kau tahu kau tu lemah, belajar la bersungguh-sungguh. Ini tidak, main je kerja kau.”
“Isk……. Aku memang tak puas hati. Kan best kalau kita pun genius, cepat je faham. Tak payah la susah-susah nak study. Study rileks je, tapi result gempak. Baru mantap beb.”
Bingung?
Oh…….
Banyak sekali persoalan, perbezaan dan perbincangan tentang masalah pelajaran ini.
Kalau boleh, aku nak kaji benda-benda macam ni. Aku nak tahu kenapa benda ni boleh berlaku dan apa sebabnya.
Tetapi…….
Aku bukannya pakar pendidikan. Aku bukannya ahli akademik, dan yang paling penting, aku tidak mahu menyusahkan diri aku dengan memikirkan benda-benda yang kompleks seperti ini. Topik peperiksaan sahaja, sudah cukup menunjukkan perbezaan antara kita semua. Sekarang, kita kembali kepada alam realiti.
Exam semakin hampir.
Masa yang ada semakin suntuk.
Beban belajar dan tekanan perasaan semakin meningkat.
Kalau aku sibuk memikirkan perbezaan aku dengan orang lain, tidak ke mana-mana la aku jawabnya.
Orang lain genius, kita serba kekurangan. Orang lain cepat faham, kita masih merangkak-rangkak mengejar mereka. Orang lain kuat belajar, kita pula dilanda kemalasan. Kita sememangnya berbeza dengan orang lain. Orang lain juga tidak sama dengan kita.
Jadi, apa masalahnya?
Lebih Dan Kurang
Kita ada kelebihan kita sendiri, dan kita tahu kita juga ada kekurangannya.
Kita perlu menjadi diri kita sendiri dan bukannya tertekan dengan orang lain.
Kelebihan yang ada, kita asah dan tingkatkan lagi. Kelemahan yang ada, kita perbaiki lagi. Kadang-kadang, lupakan sahaja kelemahan yang ada, tumpukan pada kelebihan yang ada.
Aku tahu, tulisan aku ini tidak dapat mencoretkan segala-galanya. Bukan semua benda dapat aku luahkan di sini. Banyak lagi yang tersangkut dalam fikiran. Pemikiran aku pula, bukannya sama dengan pemikiran orang lain. Baik bagi aku, tidak semestinya baik untuk orang lain. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita semua, dan kepada Allah la tempat kita kembali.
Cuma aku berpegang dengan penuh yakin pada kata-kata Allah ini.
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” [Al-Tin 95: 4]
Allah telah menjadikan kita sebagai sebaik-baik kejadian. Sekarang, semuanya terserah kepada kita untuk mencari potensi dan mengenal kelebihan diri.
“Allah tidak menjadikan manusia ada yang bodoh dan ada yang pandai. Tetapi Allah menjadikan kita dengan kepandaian yang berbeza-beza.”
Kalau kita rasa yang kita belum jumpa lagi dengan kelebihan dan kepandaian kita, maka teruskanlah pelayaran dan usaha kita untuk mencarinya.
Kalau penat dalam pencarian itu, maka Allah la tempat kita mengadu. Kepada Allah la kita berdoa dan minta dipermudahkan segala-galanya.
Exam yang akan datang ini hanyalah sebahagian dalam episod pencarian kita. Exam hanyalah rempah ratus yang akan menyedapkan lagi kehidupan kita. Kadang-kadang terasa pedas, tetapi sedapnya tidak terkata.
Dalam jangka masa yang masih ada ini, masih banyak yang kita boleh belajar. Belajarlah sesuatu perkara dengan sebaik mungkin, sesuai dengan kemampuan kita.
Exam Oh Exam
Oh, exam.
Aku tidak menunggumu,
tapi kamu yang datang kepadaku.Kau bukan musuh aku,
tapi kamu yang mencabar aku.Soalanmu yang susah,
memeningkan kepalaku.
Bebanan belajar yang kau beri,
Mengorbankan banyak masa aku.Oh, exam.
Kadang-kadang kau memang kejam.
Lama aku belajar, satu jam je kau nak uji aku?Lepas tu, kau nak tentukan masa depan aku dalam masa sejam je?
OK.
Aku akan layan kamu wahai exam.
Aku akan belajar bersungguh-sungguh.Kau tunggulah saatnya nanti.
Kalau aku berjaya, aku bersyukur pada Tuhan.
Kalau aku gagal, harapan aku tak akan hancur,
Masa depan aku tak akan musnah.Kau bukannya penentu segala-galanya.
Kau hanyalah permainan aku, wahai exam.
![]()
Yosh. Aktifkan mode exam kita. Kita boleh berjaya la.
- Hairul Faizal Adli bin Ab Ghani
27/6/2009
ye ja, exam ni permainan idup kite gak, bak kate anuar sensei, exam berkadar langsung ngan mase, mase nk dkat ni kite rsaukan exam, tp mase exam blom mnghmpiri kite, kite lupekan sume, sbnrnye, ni hanye la secebis dugaan Allah berikan kat kite, samada kite bersabar or gunekan mase yg Allh peruntukan kat kite ni ngan btul ke tak, n sbnrnye, sume nye da d ttpkan oleh Allah, terserah kat kite nk dpt result camne, kalo usaha kuat, bnyk la mrkah kite dpt, kalo sket, skit la yg kite dpt..ap2 pon, ak harapkan kite lpas exam kali ni, dapt grad ikut mase yg kite plan, tnpa ade ryunen, n kite dpt jd kebnggaan mak ayah n org2 kesygan kite sume..ganbarou ak ucapkan n usaha dan doa tu la senjata kite nk berjaya dunia n akhirat
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli:
June 28th, 2009 at 10:54 pm
@jerou, Sama-sama kita berusaha yo, lepas tu menyumbang tenaga untuk agama dan negara.
Weh, lepas exam, datang rumah aku cepat-cepat. Aku da tak tahan menanggung rindu ni.
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
jerou:
June 28th, 2009 at 10:56 pm
insyaallah ja, hehe..dalam 5 ari b4 flight ak, ak mghi umah mu ja, ak nk lpak2 ngan korang sume, g umah btg, g cbora, g dai mu..n mcm2 la hehe..doakan kite sume lpas ja insyaAllah
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli:
June 28th, 2009 at 11:20 pm
@jerou, Beres yo. Nanti kita plan cuti kita. Sekarang, kita bermain-main dengan exam dulu. Yeahaaaa.
tapi kan,knp rempas ratus???bkn rempah ke ja????hahaha….
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli:
June 29th, 2009 at 2:00 am
@matle, Tu la mu, 2 tahun dok jepun, tak ingat da Bahasa Melayu. Tu Bahasa Melayu tahap tinggi la.
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Mikail Jekson:
June 29th, 2009 at 1:44 pm
mu nok cover ko ni peja. mwahaha
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli:
June 29th, 2009 at 7:54 pm
@Mikail Jekson, Eh, sungguh la. Rempah-ratus. Aku rasa ada dalam Kamus Dewan tu.
Nanti balik Malaysia, kita cek sama-sama.
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Mikail Jekson:
June 30th, 2009 at 11:52 am
LOL. so why did you wrote rempas instead of rempah?
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli:
June 30th, 2009 at 11:58 am
@Mikail Jekson, Hahaha. Tajuk salah la pulok. Tak perasan langsung.
Aku tukar dah. REMPAH RATUS.
great entry
Ganbarimasyou!we’ve got Allah but they dont~
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli:
June 29th, 2009 at 11:29 am
@tun_izyan_dalila, Sesungguhnya Allah bersama kita.
Senpai mo, ganbatte ne.
salam kepada peja yang disayangi..
Haha, bagus entri kali ni, apa lagi jom la kita jumpa minggu ni. dtg ar sini blh bual2 lagi.
fareast ada sesuatu yang menarik untuk dikongsikan bersama: Ada Apa Dengan Sejarah KITA??
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli:
June 29th, 2009 at 7:52 pm
@fareast, Tengah plan.
Nanti ada apa-apa, aku kontek ko.
hermmmm…..still xde keldai…
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli:
July 1st, 2009 at 8:44 pm
@hex-everros, Hahaha. Nanti r, kalau ada cerita best yang melibatkan keldai, aku mesti tulis punya. Special untuk ko, maarof.
flower wangi dtg lg..sb baru lps mandi..
ngeh3..
en faizal,saya cadangkan dan amatlah berbesar hati sekiranya en faizal keluarkan artikel berkaitan dengan ibu bapa..menghargai jasa ibu bapa..apatah lg kwn2 en faizal sendiri pun jauh di rantauan..susah utk berbakti kpd ibu bapa..
eloklah utk kesedaran semua..
ok..slm bunga dr saya..
« Keldai Pun Pandai Entri seterusnya:
Buat Benda Ghairah, Tidak Perlu Diarah »




rasenye ni antara post ko yang paling terbaik setakat nih.
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli:
June 28th, 2009 at 10:51 pm
@naim, Wah, terima kasih, terima kasih.
Aku terharu dengan komen ko ni.
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]