Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Kita Adalah Penggoncang Dunia
Inilah kata-kata seorang pemimpin yang zalim,
“Kita halalkan judi, kita potong subsidi. Kita naikkan harga minyak, kebajikan rakyat kita lanyak. Kita ambil rasuah, hidup kita pasti akan mewah. Kita kan pemimpin. Kita ada kuasa, kita gagah perkasa. Rakyat biasa? Biarkan mereka binasa.”
Mereka tidak melafazkan kata-kata ini di mulut mereka, tetapi mereka melaksanakannya menerusi perbuatan mereka. Mereka pemimpin yang hebat. Mereka tahu, buat lebih daripada berkata-kata.
Ini pula rintihan seorang rakyat marhaen,
“Wahai pemimpin kami, kasihanilah kami. Kami tidak kisah kalau tuan-tuan mahu ambil rasuah dan kami tidak peduli kalau tuan-tuan mahu hidup mewah. Cuma, janganlah seksa kami dan jangan biarkan kami menderita. Jagalah kebajikan kami.”
Apa pula kata-kata kita, golongan pemuda yang bakal menggegarkan dunia?
Dayuslah kita kalau kita hanya mampu melihat dan membiarkan pemimpin yang zalim terus berleluasa. Jangan sia-siakan tenaga kita kerana kita ada kekuatan yang mampu menegakkan keadilan.
Pemikiran kita mampu mencetus revolusi dan idea kita mampu menjana tamadun.
Kita takut akan cabaran dan tentangan daripada golongan yang jahat?
Insya Allah, tentangan daripada mereka mampu kita atasi. Kita ada kekuatan fizikal dan kita ada keteguhan mental. Kita akan disokong oleh seluruh rakyat dan yang paling utama, Allah akan sentiasa membantu kita.
Ayuh, mari kita tegakkan keadilan.
Hairul Faizal Adli Bin Abdul Ghani

"Sebarkanlah Islam ke seluruh alam, tidak kira siang atau pun malam."
Jom, mari kita sama-sama nikmati dan hayati entri-entri yang akan datang. Klik di sini untuk melanggan RSS feed lengkap hairul dot net sekarang juga.
Semanggat berkempen. Itu pendapat dia, pendapat orang lain pula berbeza.
Cuma nak tanya, duit subsidi minyak dan gula telah di ambil orang Thailand sejak 1957 hingga 2010, berapa agaknya.
- Artikel terbaru di blog digitalproduk.com: Blog sebagai alat pemasaran dan promosi produk
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
hairul:
July 23rd, 2010 at 6:22 pm
Manusia memang berbeza dan pendapat masing-masing pasti berbeza. Tetapi, kita semua pastinya bersepakat bahawa kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat dan yang menegakkan keadilan sahaja yang layak untuk memerintah sesebuah negara.
Apakah ‘zalim’ yang sebenarnya?
- Artikel terbaru di blog madisyak: KHASIAT BAYAM
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli:
July 28th, 2010 at 6:14 pm
Dalam konteks entri di atas, zalim yang dimaksudkan adalah pemimpin hidup mewah tetapi rakyat hidup susah. Pemimpin memegang tampuk kuasa, tetapi tidak menjaga kebajikan rakyat.
« Berikan Cinta Dengan Secukup Rasa Entri seterusnya:
Menabur Tahi Lembu Ke Dalam Pinggan »

Alahmdulillah, luahan rakyat marhaen seperti ini patut didengar oleh pemimpin.
Minyak naik, harga barang naik disebabkan bahan mentah pun naik..
Semua tak fikir…
- Artikel terbaru di blog Syafrizal: Awas! Teh tarik dicampur lemak babi
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
hairul:
July 22nd, 2010 at 9:44 pm
Doa kita pasti akan dimakbulkan oleh Allah, lebih-lebih sebagai rakyat yang dizalimi. Insya Allah keadilan akan tertegak. Kitalah pejuang keadilan.
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]