Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Risau Itu Sasau
Exam baru saja berakhir. Alhamdulillah. Terangkatlah satu beban yang amat menyeksakan, buat sementara waktu. Tetapi, keputusannya pula macam mana?
Ah, apa yang mahu dirisaukan? Kerisauan tidak mengubah apa-apa. Tawakkal sahaja pada Allah dan kita berdoalah untuk keputusan yang cemerlang.
Yang pentingnya sekarang, kita kena ENJOY! Yeah! Qada balik masa tidur kita dan lepaskan segala tekanan yang ada. Hidup kita mesti sihat dan ceria.
Ok. Entri kali ini khas untuk kita yang selalu dalam kerisauan. Tidak kisahlah, risaukan keputusan exam, risaukan si dia ataupun risaukan apa-apa sekalipun.
Risau Itu Sasau
Mulakan entri ini dengan analisis kerisauan kita.
- 40% orang risau pada sesuatu, tetapi sesuatu yang dirisaukan itu langsung tidak terjadi.
- 30% orang risau pada perkara-perkara yang sudah lepas dan tidak boleh diubah lagi.
- 12% yang lain pula risau tentang kesihatan.
- 10% lagi risau tentang perkara-perkara yang amat kecil dan remeh-temeh.
- 4% pula risau tentang perkara yang akan datang dan perkara yang kita tidak boleh ubah.
- 4% lagi adalah kerisauan kepada perkara yang boleh kita lakukan.
Macam mana dengan kita semua? Apakah kerisauan kita? Kenal pasti kerisauan kita, agar mudah untuk kita sama-sama mengatasinya.
Kenapa Perlu Risau?
Risau itu sifat semula jadi manusia. Mahu dibuang terus, itu sesuatu yang mustahil. Lainlah kalau kita ini seorang manusia robotik, langsung tidak berperasaan. Apabila kita risaukan sesuatu, itu tandanya kita masih punyai emosi dan perasaan.
Tetapi, apabila kita biarkan kerisauan itu menguasai diri, ia akan mencipta barah-barah kemurungan yang akan menghapuskan segala kegembiraan. Risau itu juga seperti pisau, boleh menghiris selaput ketenangan jiwa.
Apabila kita risau, jiwa kita tidak tenteram dan kita hilang ketenangan. Kita resah gelisah dan perasaan itu memang membawa susah. Segala-galanya serba tidak kena.
Dalam satu kajian, jangka hayat orang yang selalu gelisah ini adalah pendek. Oh, lagilah kita risau apabila mendengar kenyataan ini, bukan? Kalau kita risau, bertambah pendek lagilah jangka hayat kita itu.
La Tahzan, Jangan Bersedih
Apabila kerisauan melanda, jangan kita layan. Mintalah pada Tuhan agar kita diberikan ketenangan, semoga dipermudahkan segala urusan. Itu yang pertama.
Seterusnya, kerisauan itu datangnya dari minda dan pemikiran yang negatif. Apabila ia bersangkut paut dengan minda, maka kita boleh mengawalnya. Berfikirlah secara positif dan carilah kegembiraan dalam diri kita. Imbas kembali memori manis kita selama ini. Fikirkan perkara-perkara yang indah lagi mengasyikkan. Berfantasilah, kerana asal realiti itu pada fantasi. Terjemahkan kegembiraan alam fantasi ke alam realiti.
Senyum Itu Ubat Mujarab
Senyum. Cuba kita senyum. Eh, saya kata senyum, senyumlah.
Apabila kita senyum, separuh kerisauan kita akan terbang melayang. Senyum itu asas kegembiraan. Tidak percaya? Cuba kita senyum. Ha, kan betul saya cakap.
Kita tiada sebab untuk senyum? Terlalu risau hingga terlupa untuk senyum? Ok. Paksa juga diri kita untuk tersenyum. Senyum
senyum
senyum
. Ha, kan dah boleh senyum tu.
Secara psikologinya, walaupun kita senyum secara paksaan, itu adalah sesuatu yang positif. Walaupun kita risau, paksa juga diri kita untuk tersenyum. Hasilnya amat menakjubkan. Alamilah sendiri.
Risau lagi?
Apa lagi yang kita mahu risaukan? Terlebih risau kita boleh jadi sasau. Keluarlah dari kepompong kerisauan. Hidup kita mesti sihat dan ceria.
p/s: Apa yang tuan-tuan buat apabila tuan-tuan risaukan sesuatu? Ada cara yang berkesan untuk hilangkan kerisauan tuan?
“Saya sentiasa positif.”

Hairul Faizal Adli Bin Abdul Ghani
Gandakan lagi kenikmatan tuan dengan entri berikut:
- Risau Itu Sasau Risau itu sifat semula jadi manusia. Hendak dibuang terus, itu...
Satu komen daripada tuan, sejuta erti buat diriku.
Hehe…..senyum, senyum
Fakta tu aku reka sendiri….hehe.
Oh, lupa nak letakkan reference
http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/risau-membawa-stress/
sejak bile ko pandai mereka fakta..kagum2
Hehe….kadang-kadang fakta aku tu auta je
hahah..btul ja,risau membawa stress tp rsau tu pnting gak..kalo x risau, gamaknyer org da kisah da hal agama,abeh sume mende haram d watnyer..hehe..
pape pon, blog mu ni menyedarkan ak gak bhw hidup ni kene jd org yg sentiasa berfikiran positif..cthnye..ak x dpt g tgk chlsea lwn m’sia kali ni..next time kalo diorang dtg m’sia ag, ak kene berfikiran bhw, ak dpt tgk gak diorang men..tp d len waktu..
hadui la..x dpt terima hakikat…
Hehe….rugi tak dapat tengok Chelsea.
Betul tu, kita memang perlu risau, tapi jangan biarkan kerisauan menghantui kita. Dan risau tu lebih elok, kalau kita fikirkan sekali penyelesaian untuk benda yang kita risaukan.
Tak dapat terima hakikat? Hidup kita terikat dengan hakikat.
risau tu klu xde lgsg pn xleh gak..kene ad,tp dlm amaun yg skit..mcm stres jgk..sbagai peransang kejayaaan
hmmm..tjuk yg mnarik wahai sahabatku
risau2 nih biarlah btempat..ade yg perlu dirsaukan..ade gak yg xptut drsaukan
rsau yg mcm mne ptut n xptut tu??
hehe..jwpnny mudah aje..xprlu pk ssah2..yg slah itu ptut kite rsau kan,yg betol itu xperlu dirsaukan..bak kta nenek aku,brani kerna benar,takot kerna..pndai2lah ko jwb
tp skrang nih..zman dh brubah..yg benar kite rsau,tp yg salah xpnh nk rsau..apa lg sasau..ish3..mmg akhir zman..
N buat yg slalu rsau2..cube la tnangkan diri dgn amalkn surah alam nasyrah@ash-sharh..dlmnya ade mkne yg ssuai utk kte amalkan dikala susah..nk tau lbih lnjut tnylah ustaz2 yg berhampiran..salam
risau trlebey mmg wat semak otak..tapi kite survive sbb kte ade kerisauan ape yg akan terjadi kat kte…memetik sedikit hadis kumpulan imam nawawi,hadis keempat”" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ‘ Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu.
so…klo kte ade kerisauan tentang apekah amal buruk kte,kte akn brusaha untung buang amal buruk trsebut.n klo kte tercari2 rezeki2 kte,kte x penah putus asa…kesimpulannye,risau 2 x best tp kne ade gak!
Jom, hangatkan lagi perkongsian ini.
Lontarkan segera sebarang komen yang terlintas di fikiran tuan.
« No Update Entri seterusnya:
Tafakur Di Pulau Pangkor »


komen 1st!
mne ko dapat fakta yg atas tu eh? percentage risau tu..
mcm btul.. huhu..
ak slalu gak fikir.. “cmne la klo x jadi..”, “klo disalah anggap cmne ek?”.. tp slalunye btul ckp ko.. tu mende yg x bley dielakkan..
kui2.. so nmpk nye kene senyum lebih lepas nih..
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]