Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Rokok: Nikmat Ataupun Kiamat?
Mari kita sama-sama menyelami dunia realiti seorang perokok, sebuah dunia yang dipenuhi dengan kepulan asap beracun.

Situasi 1, di kedai makan:
“Alamak, rokok habislah pula. Aku, kalau lepas makan memang kena hisap rokok. Kalau makan tanpa hisap rokok, macam berak tidak berbasuh rasanya.”
Situasi 2, malam sebelum exam:
“Aku, kalau tidak hisap rokok memang tidak boleh belajar. Belajar buat aku tertekan, hisap rokok buat aku lega. Fuh, kalau lepas hisap rokok, ilmu masuk mencurah-curah.”
Situasi 3, semasa bulan puasa:
Aku berbual-bual dengan seorang seorang perokok tegar.
“Kau sempat sahur atau tidak pagi tadi?”
“Tidak sempatlah mahu makan tadi. Sempat hisap rokok sebatang sahaja.”
Aku bertanya lagi dengan gaya yang agak prihatin.
“Isk, laratkah mahu berpuasa?”
“Tiada masalahlah. Kalau sudah hisap rokok, puasa sampai ke malam pun aku boleh tahan.”
Cukuplah 3 situasi di atas untuk menggambarkan realiti seorang perokok. Semua itu adalah luahan yang tulus ikhlas dari hati nurani beberapa orang perokok tegar. Selepas mendengar sendiri suara hati mereka, sudahkah kita mengerti akan realiti seorang perokok?
Begitu rupanya kalau diri sudah ketagihan nikotin.
Kalau seorang bayi kecil tidak boleh dipisahkan dengan susu ibunya, begitu jugalah dengan seorang perokok. Amat susah sekali untuk memisahkan rokok dengan si penghisapnya.
Bayi kecil akan menangis kalau tidak diberi susu. Adakah para perokok juga akan menangis kalau tidak dapat merokok?
Isk, tidak macholah kalau menangis beb. Orang yang hisap rokok semuanya macho, bukan?
Ingin tahu lebih lanjut? Tanyalah para perokok di sekeliling kita.
Akhir sekali, kehidupan ini memerlukan kita untuk membuat keputusan. Realiti kita, kita sendiri yang tentukan. Mahu hisap rokok ataupun tidak, itu kita punya pasal. Hisap rokok atau pun tidak, semua orang akan mati juga. Mati tetap mati, tapi hidup mesti sihat dan ceria. Beres sokmo.
Hairul Faizal Adli Bin Abdul Ghani

"Sebarkanlah Islam ke seluruh alam, tidak kira siang atau pun malam."
Jom, mari kita sama-sama nikmati dan hayati entri-entri yang akan datang. Klik di sini untuk melanggan RSS feed lengkap hairul dot net sekarang juga.
yup, life is about making choice. tp, making choice without Allah’s guidance is a bad choice. dakara, berdoalah supaya choice yg dipilih adalah choice yg diredhai Allah. Amin….
Ni Hairul balas:
Sono touri desu. Di samping buat pilihan tu, jangan lupa pada Allah. Semoga kita dapat hidayah dan petunjuk dari-Nya sentiasa. Amin………..
rokok is a story yg x kan abes slagi kiamat r abesnye tembakau..nk salahkan bdk2 x bole gak sbb bnde2 isap menghisap n ketagih mmg susah nk tinggal…aku tabik spring la klo ade yg bole tggl trus rokok dlm masa sehari….klo xde org isap rokok,bangkrup negara sbb xdpt kutip cukai…tp da Allah pesan dlm Alquran(aku x ing surah mne)”janganlah kamu mencampakkan diri dalam kebinasaan”..so mau x mo kne gak brenti mrokok..aku support orang yg nk try brenti mrokok..slow2 msti bole!doa2 bnyk2 mntak Allah tolong…isap la bnde len..lg layan!try la cri bende len untuk dihisap!
Ni Hairul balas:
Ni hisap pe plak ek? Bagi cadangan beb, kan budak-budak ni hisap benda haram lak
aku sudah membacanye,,,jom jilat TAR reramai!!! hahaha
Ni Hairul balas:
Haha… lu dah jilat TAR beb… Harga minyak dah naik, harga rokok pun naik gak lepas ni.
Bersiap-sedia kita semua. Biasiswa je yang takkan naik-naik…Isk2
Hisap rokok umpama BUNUH DIRI. itu aje. dare to try it? see for urself. (^_^)
Ni Hairul balas:
Bunuh diri, haram dalam Islam. Hisap rokok belum difatwakan haram secara rasmi lagi.
Don’t try-try. Ambo toksey benda-benda lagu tuh
kdg2 mrokok nmpk macho~
yesh~
biler usha gaya dorg mrokok mmg nmpk macho wlpon orgnyer xmacho..
tp y xthn..
bau nyer trlampau macho..
haishhh~~~
Ni Hairul balas:
Uish….komen ni pun macho gak….hehe
pndpat duck sorg 2 asal pelik yek?
yg x isap rokok x macho ke?
Ni Hairul balas:
Isk2….nanti aku tanya dia ek. Ko dah cukup macho la ayie.
back to zaman kecik2…hisap jari…ngahaha
Ni Hairul balas:
hehe…jom hisap jari
Aiyo. Minyak naik. Kalau camni tak boleh hisap minyak gak la.
Ni Hairul balas:
Hehe….Kita hisap benda lain pulak la.
Ingin menyambung comment lil duck…
Macho, nmpak macho kot…sehinggalah saat mereka tersenyum…haha.
Bt, my dad used to smoke. Alhamdulillah, dh stop sbb adik2 asyik paksa… tp bdn naik la cket, hehe.
Tp, masalah mereka yg x merokok pn…kne hidu asap rokok org lain :s cian…
Ni Hairul balas:
Nak menyambung komen lil duck n meeeeeeeeeeenie
Kesian, kesian……
Pendekatan yang menarik dalam menarik orang datang ke blog saudara. Permulaan yang menarik untuk kita. Haha.. Bgs2, bila pulak nak start cerita panas2.
Ni Hairul balas:
Menarik eh? Arigatou.
Nak cerita panas? Tungguuuuuuuuuu
Pasti muncul.
erm…no comment…byk sgt minah russia kt cnie yg smokers…
Ni Hairul balas:
no comment? ni dah kira komen le ni…..hehe ![]()
jangan terpengaruh sudah la ye….
confirm tak, kan?
patut kerajaan naikkan harga rokok sampai jadi rm50 sekotak.bukan naikkan harga minyak.ish3
Ni Hairul balas:
Rm50? Wow……..mahalnya.
Naik harga?? Ala perokok ni naik camne diorang mesti cari nya,…..
Ni Hairul balas:
Betul tu zool, sama jugak macam kawin dan minyak, kan?
Mas kawin tinggi macam mana pun, orang tetap nak kawin gak.
Harga minyak tinggi macam mana pun, orang terpaksa beli jugak.
sesungguhnyer aku sbg kwn kpd peja raser kandou gler ah bce blog ko nih..huhu..bak kater nadiah,mnda ni sme bunuh dri je..sindri pk lar kan..tapi,ak tabik satu kat nihon jin nih..dier nak bunuh diri,dier wat sendiri2 jer..huhu..maksud aku,dier x merokok sepah2..kat tmpt yg dibenarkan merokok je dorang merokok..x gitu?klo cenggitu,pada aku la,xder masalah klo orang tu nakbunuh dri ngan rokok..sekian..
Ni Hairul balas:
Hehe…Bunuh diri dengan rokok? isk, isk, dahsyat tu.
Sayangilah nyawa kita semua.
Hidup mesti sihat dan ceria.
klo nk rokok, rokok jgk… jgn sampai x bt bende lain yg lg penting sudah la(benkyou, oinori).. tp dlm mase kte merokok tu kte tanam la niat nk benti satu hari nt, insya-Allah blh dpt pahala klo kte btul2 ikhlas niat camtu to omou..
Ni Hairul balas:
Betul tu. Rokok, rokok juga, semayang ngan study jangan lupa
pemikiran orang merokok selari dengan pemikiran orang yang berjimat cermat. Orang berjimat cermat anggup menahan lapar dan dahaga untuk menyimpan wang. Begitu juga orang yang merokok, simpan wang untuk membeli rokok, kurangkan perbelanjaan lain. Bagi perokok, rokok itu adalah satu keperluan. Begitu juga bagi “gamers”,mereka melihat game itu sebagai satu keperluan, tanpa mengambil kira risiko yang mungkin dihadapinya nanti. Bagi orang lain, mungkin mudah mengatakan bahawa untuk berhenti merokok atau bermain game adalh mudah, tetapi bagi individu itu sendiri, yang mengangap bahawa itu adalah satu keperluan, ia memerlukan satu anjakan motivasi yang tinggi. Tapi apapun, ini adalah pendapat aku..
http://sebuahkisahkita.blogspot.com/
Ni Hairul balas:
Ya, betul tu. Mereka sanggup berjimat untuk rokok. Tapi, rasa-rasanya, itu lagi membazir, kan?
Macam mana nak berhenti ya? Ghazi kata, berhentilah merokok tanpa sebarang alasan.
jgn la hisap rokok lg…huhuhuhuhu…sian rakyat malaysia…ko hisap rokok,dlm rokok ad tar….dh la minyak dh nek hrga…hrga tar dh mahal…nt PLUS buat alasan yang hrga tar mahal, langsung naik hrga tol…huhuhuhu…bhenti eh???jgn la seksa ktorg lg dgn hbiskan tar….nt toll naik harga….uwaaaaaa….
jgn la ko hisap rokok….huuuwaaaa…nt bnyk ko byr cukai kt kerajaan hrga rokok 2…nt makin bnyk duet ko bg kt kerajaan, makin gle die wat koridor2 die 2…sbb poket die pnoh….koridor xsiap lg, jap lg nk pasang beranda, atap lagi…adoi…lg byk ko bli…lg byk laa diorg habis duet…huuuuuuu….tlg aku…jgn bg lg duet kt diorg 2….
jgn la ko hisap rokok….plz…demi rkyat Malaysia…
Ni Hairul balas:
Aku tak tau nak balas apa dah zaim….:)
Semua yang ko tulis tu, semuanya betul.
Nanti ko jadi penulis jemputan aku ek
Kawan-kawan,
Jangan la hisap rokok, berhentilah.
Demi diri kau sendiri,
Demi isteri-isteri kau,
Demi sperma-sperma, yang bakal menjadi anak-anak kau nanti,
Demi kesihatan kau,
Demi duit kau,
Sayang kamu semua
walaupun saye tidak mengenali saudara, namun saye berpendapat tulisan saudara cukup kreatif.. tp hasil tulisan saudare juga berbau budu sikit disamping berbau rokok itu.. adakah saudare ini orang dari kelantan?..
haha.. ni pendapat dari golongan merokok.. bukan aku ah.. member sebelah aku yg suruh tulis ni.. name die syeikh.. bukan name sebenar..kisahnye begini.. kteorg start mengenali rokok ni sejak sebelum tadika lagi.. bukan kteorg yg hisap, tp org di sekeliling.. cuba anda bayangkan, kteorg ni kanak2 yg aktif dan pintar.. mengikut kaji selidik anmum(jenama susu) kanak2 aktif dan pintar ini adalah golongan yg suke mencuba.. tapi kami tidaklah menghisap rokok sejak zaman kanak2 tu lagi.. ini disebabkan oleh mendapat tentangan yang hebat dari keluarga.. tetapi apabila sudah meningkat dewasa, memori kanak2 itu bermain2 dalam kepala otak kteorg.. dan mengikut kajian anmum lagi, remaja dewasa yg aktif dan pintar, selalu merujuk kepada memori zaman kanak2 untuk melakukan sesuatu.. kerana zaman2 kanak2 adalah detik terawal dalam membentuk seseorang utk berjaya.. kre mcm starting point la.. so, dipendekkan cerita kteorg pun mula la menghisap rokok ini tanpe mengetahui akan fakta kesihatan org yg menghisap rokok.. sebab time tu xblaja bio lagi.. setelah membuat beberapa percubaan, kesan rokok telah memberi peransang kepada kami utk melakukan sesuatu yg baik.. contohnye, berjaga di tengah malam utk study bersungguh2.. mengajar kami merancang perbelanjaan harian.. meransang kami utk menolong org tue dll.. setelah beberapa ketika, kami mendapati diri kami mule ketagih akan rokok ini.. dan utk berhenti dari menghisap rokok adalah sesuatu yg amat mustahil bagi kami dan kami percaya bagi sesiapupun jika telah terjebak dalam kegiatan merokok ini.. oleh itu rakan2 yg telah memberikan komen anda yg ‘bernas’ di atas, adakah kami harus dipersalahkan 100%. cubelah jika anda berada dalam situasi zaman kanak2 kami yang penuh aktif dan juge pintar dalam melakukan sesuatu.. kami percaye anda juga pasti terjebak.. oleh itu janganlah mempersalahkan kami 100%.. kami tidak pernah menggangap kami macho apabila menghisap rokok walaupun rupe paras kami boleh juge tergolong dalam golongan itu.. kami sebenarnye adalah mangsa keadaan.. dan saye ingin meminta maaf sekirenye anda tidak suke akan bau rokok yg kami hembus.. tapi percayalah kentut manusie adalah lagi busuk dari asap rokok.. jikalau anda tidak pernah kentut, anda layak mengatakan bau asap rokok kami boleh menyakitkan hidung anda.. tapi jika anda seseorg yg pernah kentut, apabila terhidu asap rokok, janganlah mengeluh kerana kentut anda adalah lebih busuk dari asap rokok.. sekian.. wassalm.. mintak maaf kerana tulisan buruk sikit.. akhir kate dari kami.. kami suke peja.. hahaha..
Ni Hairul balas:
Dengan segala hormatnya, aku nak rasmikan. Inilah komen yang paling panjang setakat ni.
Nanti aku buat anugerah komen terpanjang dan yang terbaik. Hadiah dia pasti gempak beb……. So, rajin-rajinlah tulis komen, luahkan isi hati korang semua. Tahniah untuk Umar.
Oh, dari gaya cakap, saudara juga orang Kelantan, kan? Hahaha…….Brigat doh
Sedap berkrim sungguh cerita mu nih. Nanti jadi penulis jemputan kehormat kat blog aku deh.
Aku suka Umar, aku suka korang semua………..Yosh
saudara hairul……..
tulisan saudara berjaya menambat hati saya untuk berkata sepatah dua kata..
petama…tujuan kami isap rokok adalah bukan untuk tunjuk macho atau hensem tetapi dibebabkan oleh tar dan nikotin yg berjaya memberi kepuasan kepada kami dan juga menyababkan kami ketagihan.
kedua…memang betol kate saudara kalo xisap xbleh study dan saya setuju itu memang benar,ape yg saye ingin utarakan ialah kami isap rokok tetapi study kami tidak abaikan,rokok itu seperti ejen yg mngalakkan kami untuk study dengan lebih banyak dan membuatkan jadual study kami lebih teratur.contohnya setiap 1 jam study kami akan berhenti berehat sambil merokok dan itu secara naturalnye dapat merehatkan minda dan lebih bersedia untuk study pade jam-jam yg seterusnya..
letih ak taip panjang2 nih…
bereh ja…ak support blog mg nih
Ni Hairul balas:
Hehe…….bereh syeikh. Mu memang so palo ngan umar. Bagus, bagus. Hisap rokok, tapi study tak tinggal. Comey sungguh. Ni la harapan bangsa.
Jangan tinggal study, jangan tinggal semayang. Ganbarou……
yup btul tu wahai sedara pejal..
rokok itu racun..even ak penah merasa d waktu muda2 dlu…heheh mmg rase mcm keperluan tuk laki rokok ni time tu rsenye…naseb bek la dapat renti..kalo tak…x subur ar ak..huhhhuhuhu…
tu baru mukadimah..heheh
em satu penulisan yg mantap dalam menyemarakkan kempen kerajaan anti rokok yg amat x berjayenye..tp disini ak berbangga ngan anak m’sia seperti ko yg snngup bergadai mase dalam mmbngkitkan semangat tak nk rokok..hehehe
yeah kate kan tak nk pade rokok..hehehe
mantp ja..nk jadi jutawan jgn merokok mcm jutawan lain da kaye isap cerut..ag cpat nk mmpus gamak nye gtu hehehe..ko da kaye isap la eskrem cornetto..ag bgs tapi jgn selalu nanti kne diabetes..heheh
pape pon ak support ah ja blog mu..toksoh bmbng ar saing mu ramai support cni..
ganbaroune!!!
Ni Hairul balas:
Hehe…terharu aku saing serupa mu, jerou. Sayang jerou. Bereh, bereh. Aku ingat sokmo nasihat mu. Nanti kita makan corneto sama-sama deh. Ajak awek mu sekali.
pabila saya terbaca artikel tulisan encik adli, saya berasa bersemangat untuk memberikan analisis saya terhadap rokok dan kesan – kesannya kepada individu dan juga masyarakat. hmmm. sebagai seorang anak kepada perokok, juga dikelilingi masyarakat yang merokok, saya kira saya dapat memberikan analisis yang agak terperinci berkenaan topik ini.
1. rokok dan individu
konsep ‘perokok itu macho’ atau ‘perokok itu cool’ sememangnya sudah ‘outdated’ dan tidak lagi relevan pada masa sekarang. ini kerana majoriti perokok dan juga non-perokok mmg sedar bahawa perokok itu tidak semestinya macho dan cool (sheikh dan umar ttp macho dan cool, no hard or soft feelings ok). namun begitu, rokok pastinya memberikan kepuasan bagi para perokok yang sudah ketagihan rokok.
2. rokok dan kehidupan sosial
rokok dan kehidupan sosial boleh dikatakan saling melengkapi antara satu sama lain. kita boleh melihat contohnya, seorang perokok akan mempunyai lebih masa untuk berkomunikasi dengan rakan, terutamanya slpas menjamu selera. rokok juga dilihat sebagai cara untuk menunjukkan kemurahan hati, sebagai contoh memberi rakan rokok secara percuma. terdapat juga individu yang hanya merokok apabila bersosial dengan rakan-rakan mereka (teka siapa). inilah yang dinamakan sebagai ‘social smoker’.
3. rokok dan alam sekitar
terdapat kajian bahawa asap rokok mencemarkan alam sekitar. pada saya pendapat itu tidak benar. asap rokok sbnrnya dapat membantu menghalang nyamuk – nyamuk disekitar anda, terutamanya pabila perokok menghembus nafas mereka tegak ke udara.
4. rokok dan ekonomi negara
ekonomi negara pastinya berkembang maju dengan rokok!! ya!! seperti kata penganalisis ekonomi encik bor, rokok seludup harganya rm3, rokok dunhill yg dicukaikan harganya rm8. 5 ringgit cukai!! pastinya untung cukai itu melimpah ruah namun pastinya tidak masuk ke poket rakyat, tetapi masuk ke poket pembesar – pembesar malaya dan kroni2 mereka dan anak cucu cicit mereka. bagi perokok itu sendiri pula, terutamanya mereka yang berendapatan rendah, mmg mereka sentiasa kesengketan wang, seperti contoh bor, umar, dan sheikh yang kadang – kadang hanya makan roti sahaja. shauki pula pernah berbelanja 3ringgit sehari selama 2minggu katanye…..
ehem, akhir kata, diharapkan pembaca akan mendapat keberkatan setelah membaca komen yg panjang ini. harap harap komen ini dapat memberikan persaingan sengit dgn komen umar utk merebut kejuaraan piala komen terpanjang. sekian, assalamualaikum.
Ni Hairul balas:
Oh, terima kasih tuan aiman amdan. Satu analisis yang cukup mantap dan menyentap. Tuan memang pandai mengulas tentang kesan-kesan rokok dari perspektif yang berbeza-beza. Satu karangan yang pasti mendapat A1 dalam SPM.
Oh ya, komen ini akan dicalonkan untuk kejuaraan piala komen terpanjang.
Calon-calon untuk piala kejuaraan komen terpanjang:
1. Umar
2. Aiman Amdan
3. …………..
4. …………..
5. …………..
Masih ada 3 kekosongan lagi. Cepat-cepat. Adakah anda yang bakal dicalonkan? Jangan tunggu lagi, komen la sekarang juga.
aku benci asap rokok … benci .. benci ..
walaupun membe2 serapat mane pn.. time diorng isap rokok…
diorng bkn membe untuk seketika ..
keperitan bau asap tu ..waduh2 … tuhan je tau…
nasihat untuk membe2 .. kurangkn la hisap tu …
kat jepun rokok mahal.. huhu
Ramai la perokok benci ko mu lepas ni, totoro……..hahaha
Asap rokok menghapuskan denggi. Tu la, mu tak hisap rokok, sebab tu kena denggi……huhu
we suck TOTORO!! YEAHHHAAA
Ni Hairul balas:
No komen. Hahaha. Aku nak tengok kerk dengan totoro gusti. Nak tengok sapa menang.
btol2.ble nk smoking 2, kne la pk gk org skeliling..
mst la org x ske ade bau asap..
klu wangi, xpe la gk.
ni, pning pale..
aduh…..
Ni Hairul balas:
Bau kentut lebih busuk dari bau rokok.
we succk KERK smula ..yeahhh
Ni Hairul balas:
We? Sapa sokong totoro?
org nak benci pn benci la…tp mmg fact ..
asap rokok menyakitkan … n sume org tau la..membahayakan…
Ni Hairul balas:
Ye, semua orang tahu. Totoro memang anti perokok yang sejati.
dear si perokok yg rase x boleh nk tinggal dah rokok:
sbnrnye boleh sb ade byk bukti n cite2 si perokok yg dahpun merokok berpuluh2 tahun BOLEH BERHENTI MEROKOK.dan cerita zaman kecil dorangpun sama sejibik cam cite zmn kecil korang.so xmustahil kn.
korang dtg ke blog ni..mmgla nk luahkn perasaan.
tp korang kena la pkir yg korang merokok tu, mbahayakn kesihatan org len lebeh byk risk nye b’bnding korang sdiri yg merokok.
“70% bhya merokok adalah dtg kepada org lain dr asap si perokok”
korang dpt bahaya 30% je tp kitorang??
kitorang mmg fhm ng situasi korang sb tu kitorang byk suport kt blog neh.kitorang leh bg mase kt korang.
mungkin para perokok akn tersengih or t’gelak bila dgr
“korang nie..bhenti la rokok..aku syg korang..”
so ak xnk korang tgelak lg n m’persenda2kn nsht org
so,ak nk ckp
“korang bhenti la rokok sb ak rsau mak2 korang,kakak2 korang,isteri korang nt,ank2 korang nt,dpt bhaya.ak plg rsau ak yg x merokok ni pun ak dpt gak tempiasnye”
taw x, ad dlm fakta-cerita contoh teladan: org yg merokok menggalakkn peratus pertelingkahan dlm kuage.
ak rse,korang pun byk pengalamn neh.
pk2 kn..
maaf yer geng2 merokok.ak insan biasa yg ad hati untuk berbicara.maka,jgn marah aku.hik2
bg mak we2 yg ad p.we merokok,pndai2 la gune taktik suh dorang bhenti,nt ovum korang akn dpt sperma yg x sht.nt dpt ank cacat(mtk djauhkan),ank xcerdik(na’uzubillah)..kay?goda la mcm2 mne pun…hehe
Ni Hairul balas:
aneyEE….Nanti nak tulis cara-cara wanita menggoda lelaki supaya berhenti merokok. Jangan lupa sumbangkan idea ek.
hehe
rokok…
satu hak pengguna..
hisap ke x hisap atas diri masing2…
jgn kutuk org hisap,jgn kutuk org x hisap..
Ni Hairul balas:
Kutuk-mengutuk…
Satu kegemaran manusia…
Susah nak halang tu…
Adoiiiii….
xrugi pn klu xhisap rokok..
sekian, terime kaseh..
Ni Hairul balas:
Betui, betui…….
Memang tak rugi kalau tak hisap rokok.
Tapi bagi yang dah merokok, mereka seolah-olah akan kehilangan satu nikmat yang begitu mengasyikkan. Susah nak tinggalkan rokok ni.
hahha…two thumbs up bro…..keep it up…aku bru je nak kenal ngan John Chow and bru jer nak mula blajar…”budak bru belajar, kalu dulu kna ajar jolok skrg nak kna ajar blog”
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli:
July 15th, 2009 at 9:41 am
@nayan, Terima kasih bro. Buat yang terbaik, nanti boleh jadi blogger terhangat.
oh,bau rokok saja sudah cukup mnyesakkan.
« 350 Entri seterusnya:
Bencana Dahsyat Angkara Minyak »

Hehe. Entri yang ini baru saya rasa nak komen.
Tajuk yang diguna pakai memang agak bagus. Harap-harapnya bebudak yang gatal tangan search ‘gentel-menggentel’ dan ‘ghairah’ akan masuk ke blog ini. Haha.
Ni Hairul balas:
Hehe. Semoga semua orang akan ghairah membacanya.
Arigatou, tu semua tunjuk ajar kat bengkel blog hari tu.
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]