Ajib sedang berbaring di atas katil. Mukanya monyok dan lesu sekali.

Dua ekor cicak yang baru lepas mengawan, sedang seronok mengumpat Ajib.

“Alahai, nampak penat sungguh si Ajib. Macamlah banyak sangat kerjanya. Penatnya mengalahkan Najib, Perdana Menteri kita. Najib PM itu, satu Malaysia dia jaga, sejuta masalah dia kena fikir. Logiklah kalau dia penat. Tapi, Najib tetap relaks sahaja, bukan macam si Ajib ini.”

Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia. (Bukan watak utama dalam cerita ini.)

Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia. (Bukan watak utama dalam cerita ini.)

Cicak betina pula menyampuk sama, sambil menggedik-gedikkan ekornya yang panjang.

“Betullah, abang. Sayang tengok si Ajib itu, naik menyampah Sayang rasa. Rasa nak bom sahaja si Ajib itu.”

“Jangan bom, Sayang. Nanti dengan kita-kita sekali hilang rumah.”

“Betul juga. Abang, buat apa kita nak fikir pasal Ajib. Tiada gunanya. Baik kita pergi dating, lagi best.”

Cicak jantan menjelir-jelirkan lidahnya yang panjang melekit-lekit.

“Sambil-sambil dating, boleh juga makan lalat. Jom.”

Cicak berlalu pergi.

Tiba-tiba, iPhone Najib bergetar-getar dan nada dering Marimba membingitkan suasana.

“……. > Sila dengar di iPhone anda sendiri. ;) < …….”

Tangan Ajib segera menyambar iPhone. Jari telunjuknya diletakkan di atas skrin besar tanpa kekunci, dan digerakkan ke arah kanan dengan begitu laju. Fungsi pembesar suara juga diaktifkan.

Teknologi iPhone memang memukau pandangan mata.

Teknologi iPhone memang memukau pandangan mata.

(Oh, fungsi dan kehebatan iPhone sukar hendak ditunjukkan di sini. Orang yang tidak menggunakan iPhone, mungkin sukar hendak membayangkan situasi ini.) ;)

Ajib bertanya di telefon,

“Hello. Kenapa, Din? Ada apa kau telefon aku?”

Din menjawab,

“Malam ini ada majlis bacaan Yasin di rumah aku. Kau boleh datang?”

Dengar sahaja perkataan Yasin, muka Ajib segera berubah. Dia diam seketika, kemudian menjawab,

“Aku betul-betul nak pergi. Setiap malam Jumaat, aku mesti baca Yasin. Tapi, malam ini aku penat sangat. Maaflah, aku tak dapat pergi.”

Seekor lipas yang sedang bersiar-siar di bawah katil Ajib segera menyampuk dalam bahasa binatang,

“Cis. Penipu besar si Ajib ni. Mentang-mentanglah satu Malaysia tak tahu. Aku tak pernah dengar pun dia baca Yasin setakat ini.”

Suara Din jelas kedengaran dari iPhone Najib.

“Tidak mengapa, selamat berehat.”

Najib masih berbaring di atas katil. Mukanya masih monyok dan lesu sekali. Tiba-tiba, iPhone Ajib bergetar-getar lagi dan nada dering Marimba membingitkan suasana.

“……. > Sila dengar di iPhone anda sendiri. ;) < …….”

Tangan Ajib segera menyambar iPhone. Jari telunjuknya diletakkan di atas skrin besar tanpa kekunci, dan digerakkan ke arah kanan dengan begitu laju. Fungsi pembesar suara juga diaktifkan.

(Oh, fungsi dan kehebatan iPhone sukar hendak ditunjukkan di sini. Orang yang tidak menggunakan iPhone, mungkin sukar hendak membayangkan situasi ini.) ;)

Ajib tersenyum dan bercakap di telefon,

“Sayang,  ada apa sayang telefon Ajib?”

Ros menjawab,

“Ajib tengah buat apa? Maaflha kalau Ros mengganggu.”

Ajib membalas,

“Ajib tengah berehat. Ada apa, Ros?”

Ros menjawab,

“Ros lapar dan nak ajak Ajib makan malam di restoren. Boleh?”

Ajib tersenyum dan menjawab,

“Sekejap lagi Ajib sampai. Ros tunggu Ajib datang, ya.”

Cerita di atas sampai di sini sahaja. ;)

Ringkasan ceritanya pula begini.

Ajib sangat letih. Orang ajak baca Yasin, dia tidak mahu pergi. Kekasihnya ajak makan, cepat sahaja dia pergi. Semua rasa letihnya tadi terus menghilang.

Persoalan yang timbul pula begini;

Baca Yasin pakai mulut. Mahu makan pun pakai mulut juga. Tetapi, kenapa Ajib terasa amat letih untuk pergi membaca Yasin, sebaliknya penuh bersemangat mahu keluar makan dengan kekasihnya?

Adakah rasa letih hanya muncul apabila kita mahu melakukan benda yang tidak menyeronokkan?

Robot pun keletihan, apakan lagi manusia.

Robot pun keletihan, apatah lagi manusia.

Kerana Benci Kita Jadi Letih ?

Adakah rasa letih akan hilang dengan tiba-tiba apabila kita mahu melakukan benda-benda yang menyeronokkan?

Apakah yang menentukan tahap keletihan kita?

Pelajar letih dengan belajar. Kenapa pelajar letih dengan belajar? Pekerja letih dengan kerja. Mereka tidak sukakah dengan kerja yang mereka lakukan? Kenapa mesti rasa letih?

Letih saya memikirkan soal letih ini.

Sesungguhnya letih itu hanya mainan minda

Kita mesti bersemangat untuk melakukan semua benda yang kita suka. Kita juga mesti bersemangat untuk melakukan benda yang kita tidak suka, demi mendapatkan benda yang kita suka.

Nikmatilah kehidupan sekarang, dan mintalah rahmat daripada Allah semoga kita terus mengecapi kenikmatan di dunia dan di akhirat.

Hairul Faizal Adli Bin Abdul Ghani

"Sebarkanlah Islam ke seluruh alam, tidak kira siang atau pun malam."

Jom, mari kita sama-sama nikmati dan hayati entri-entri yang akan datang. Klik di sini untuk melanggan RSS feed lengkap hairul dot net sekarang juga.