Najib sedang berbaring di atas katil. Mukanya monyok dan lesu sekali.

Dua ekor cicak yang baru lepas mengawan, sedang seronok mengumpat Najib.

“Alahai, nampak penat sungguh si Najib tu. Macamlah banyak sangat kerjanya. Penatnya mengalahkan Najib, Perdana Menteri kita. Najib PM tu, satu Malaysia dia jaga, sejuta masalah dia kena fikir. Betul la penat. Tapi, dia tetap relaks je, bukan macam si Najib ni.”

Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia. (Bukan watak utama dalam cerita ini.)

Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia. (Bukan watak utama dalam cerita ini.)

Cicak betina pula menyampuk sama, sambil menggedik-gedikkan ekornya yang panjang.

“Aah. Betul la, bang. Ayang tengok Najib tu, naik menyampah Ayang. Rasa nak bom je dia tu.”

“Eh, jangan bom Ayang. Nanti dengan kita-kita sekali hilang rumah.”

“Betul juga eh. Eh, buat apa nak fikir pasal Najib, bang. Tiada gunanya. Baik kita pergi dating, lagi best.”

Cicak jantan menjelir-jelirkan lidahnya yang panjang melekit-lekit.

“Sambil-sambil dating, boleh juga makan lalat. Jom.”

Cicak berlalu pergi.

Tiba-tiba, iPhone Najib bergetar-getar dan nada dering Marimba membingitkan suasana.

“……. > Sila dengar di iPhone anda sendiri. ;) < …….”

Tangan Najib segera menyambar iPhone. Jari telunjuknya diletakkan di atas skrin besar tanpa kekunci, dan digerakkan ke arah kanan dengan begitu laju. Fungsi pembesar suara juga diaktifkan.

Teknologi iPhone memang memukau pandangan mata.

Teknologi iPhone memang memukau pandangan mata.

(Oh, fungsi dan kehebatan iPhone sukar hendak ditunjukkan di sini. Orang yang tidak menggunakan iPhone, mungkin sukar hendak membayangkan situasi ini.) ;)

“Hello. Kenapa, Din? Ada apa kau telefon aku ni?”

“Oh, malam ni ada bacaan Yasin kat rumah aku. Kau datang tak malam ni, Najib?”

Dengar sahaja perkataan Yasin, muka Najib segera berubah. Mulutnya kaku seketika.

“Alamak, aku betul-betul nak pergi. Setiap malam Jumaat, aku mesti baca Yasin. Tapi, malam ni aku penat la, Din. Maaf la, aku tak dapat pergi.”

Seekor lipas yang sedang bersiar-siar di bawah katil Najib segera menyampuk dalam bahasa binatang.

“Cis. Penipu besar Najib ni. Mentang-mentang la satu Malaysia tak tahu. Aku tak pernah dengar pun dia baca Yasin setakat ni.”

Suara Din jelas kedengaran dari iPhone Najib.

“OK. Tak apa la. Selamat berehat.”

Najib masih berbaring di atas katil. Mukanya masih monyok dan lesu sekali.

Tiba-tiba, iPhone Najib bergetar-getar lagi dan nada dering Marimba membingitkan suasana.

“……. > Sila dengar di iPhone anda sendiri. ;) < …….”

Tangan Najib segera menyambar iPhone. Jari telunjuknya diletakkan di atas skrin besar tanpa kekunci, dan digerakkan ke arah kanan dengan begitu laju. Fungsi pembesar suara juga diaktifkan.

(Oh, fungsi dan kehebatan iPhone sukar hendak ditunjukkan di sini. Orang yang tidak menggunakan iPhone, mungkin sukar hendak membayangkan situasi ini.) ;)

Najib tersenyum.

“Hello, sayang. Ada apa sayang telefon Ajib ni?”

“Ajib tengah buat apa tu? Maaf la kalau Ros mengganggu.”

“Eh, tak ada la. Ajib tengah berehat je ni. Ros nak apa, Ros?”

“Ros lapar la. Ros ingat nak ajak Ajib makan malam, kat Seksyen 2. Makan ikan keli. Nak?”

“OK, beres. Kejap lagi Ajib sampai. Ros tunggu Ajib datang, ye.”

Cerita di atas sampai di sini sahaja. ;)

Ringkasan ceritanya pula begini.

Najib letih. Orang ajak baca Yasin, dia tidak mahu pergi.

Awek ajak makan, cepat sahaja dia pergi. Semua rasa letihnya tadi terus menghilang.

Persoalan yang timbul pula begini.

Baca Yasin pakai mulut. Mahu makan pun pakai mulut juga. Tetapi, kenapa Najib terasa amat letih untuk pergi membaca Yasin, sebaliknya penuh bersemangat mahu keluar makan dengan kekasihnya?

Adakah rasa letih hanya muncul apabila kita mahu melakukan benda yang tidak menyeronokkan?

Robot pun keletihan, apakan lagi manusia.

Robot pun keletihan, apakan lagi manusia.

Benci = Letih ?

Adakah rasa letih akan hilang dengan tiba-tiba apabila kita mahu melakukan benda-benda yang mengghairahkan?

Ghairah = Suka dan tak letih ?

Apakah yang menentukan tahap keletihan kita?

Pelajar letih dengan belajar. Kenapa pelajar letih dengan belajar?

Pekerja letih dengan kerja. Eh, mereka tidak sukakah dengan kerja yang mereka lakukan? Kenapa mesti rasa letih?

Oh, letih aku memikirkan pasal letih ini.

Sesungguhnya letih itu hanya mainan minda.

Aku kini bersemangat untuk melakukan semua benda yang aku suka. Aku juga bersemangat untuk melakukan benda yang aku tidak suka, demi mendapatkan benda yang aku suka.

Aku sedang menikmati kehidupan sekarang, dan mengharapkan rahmat Allah untuk terus mengecapi kenikmatan di dunia akhirat.

- Hairul Faizal Adli Bin Ab Ghani

4/7/2009

Related posts:

  1. Nak Apple iPhone Atau Pun Buah Epal? Wow. Apple iPhone lebih murah daripada buah epal. O Yen,...
  2. Fuh, Beres Belako 1. Tamatlah riwayat aku dan rakan-rakan sebagai pelajar UNISEL. 2....
  3. Alasan Untuk Bermalas-malasan Carilah sejuta alasan untuk bermalas-malasan, akhirnya kita sendiri akan kebosanan...