Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Saiful Dalam Kenangan
Saiful, ertinya pedang. Pedang itu tajam dan mampu merobekkan apa-apa sahaja.
Kali ini, mari kita berkenalan dengan beberapa orang Saiful yang bukan calang-calang orang.
Saifullah (Pedang Allah)
“Letakkan Khalid al-Walid di medan perang, dan kemenangan pasti miliknya.”
Pedang Allah, itulah gelaran bagi pahlawan Islam yang agung, Khalid al-Walid yang terkenal hebat dan gagah di medan perang. Dialah pedang yang akan merobek-robekkan musuh-musuh Allah.
Semasa kafirnya dahulu, dialah panglima musyrikin yang menggempur tentera Islam di Bukit Uhud. Setelah disinari hidayah Allah pula, dialah yang memimpin tentera Islam menghancurkan musuh-musuh Islam.
Apabila terdengar sahaja nama Khalid al-Walid, maka gementarlah musuh. Apabila Khalid al-Walid berteriak, maka bertempiaranlah musuh mencari perlindungan. Apabila Khalid al-Walid melibaskan pedangnya, maka kematianlah yang akan ditemui oleh lawannya.
Dalam dadanya, penuh dengan semangat jihad, sanggup mati di jalan Allah. Tapi, bila bertembung dengan musuh, musuh itulah yang akan mati di hujung pedangnya.
Akan muncul lagikah para pejuang seperti Khalid al-Walid di dunia akhir zaman ini? Siapakah lagi yang akan berjuang sepertinya untuk menegakkan Islam?
Moga-moga semangat jihad yang dimiliki oleh Khalid al-Walid, turut meresap ke dalam jiwa kita.
Saifulislam
“Menulis bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan…kembara insan mencari Tuhan.”
- Abu Saif
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, dialah orang yang telah mencetuskan KEMAHUAN dalam diri aku untuk memaknakan sebuah kehidupan ini, dengan ERTI HIDUP PADA MEMBERI.
Perkongsiannya melalui tulisan-tulisan di saifulislam.com, mampu memberikan pencerahan dan panduan dalam kehidupan seorang Muslim. Tulisannya tidak bertumpu kepada persoalan hukum-hakam semata-mata, tetapi lebih kepada pembinaan peribadi Muslim yang mantap: teguh imannya, tinggi ilmu pengetahuannya, elok perangainya dan membawa manfaat kepada umat manusia.
Hayati kata-katanya ini:
“Kita boleh berbeza pandangan di dalam masalah politik, akademik dan lain-lain tetapi kita tidak boleh berbeza pendapat di dalam soal AKHLAQ.”
Teruskanlah pencarian dan pencerahan ilmu di saifulislam.com
Saifulsham
Saifulsham adalah nama besar dalam dunia perniagaan internet Malaysia. Saifulsham adalah gabungan mantap dua anak muda, Sabri dan Syazwan yang telah menggemparkan Malaysia dengan rahsia buat duit di internet.
Mereka berdualah sifu aku, dan aku adalah protege mereka yang masih belum mampu bergelar usahawan internet. Tapi, matlamat telah aku tetapkan, dan aku pasti akan berjaya.
Mohd Saiful Bukhari Azlan
Saiful ini langsung tiada kaitan dengan aku. Dia muncul secara tiba-tiba, mencetuskan kontroversi yang teramat sensasi.
Ramai yang menganggap dia seperti sampah, kecil tapi menyusahkan. Ramai juga yang menyampah dan menyumpah-nyumpah dengan sumpah laknat si Saiful ini. Siapakah yang benar, Datuk Seri Anwar Ibrahim ataupun Saiful? Allah jualah yang maha mengetahui.
Jika Saiful berbohong dan tuduhan liwat itu adalah fitnah semata-mata, maka laknat Allah’lah kepadanya. Semoga kebenaran akan segera terserlah, dan kebenaran akan sentiasa mengatasi kebatilan.
Mohamad Shaiful Bin Abdul Karim
Siapakah pula gerangannya Shaiful ini? Oh, dia adalah kawan aku dan rakan sekelas aku. 3 tahun bersamanya, cukup memberi makna dalam kehidupan aku.
Oh ya, kepada sesiapa lagi yang bernama Saiful atau yang seerti dengannya, dan namanya tiada di sini, sila maklumkan kepada aku.
Kepada yang bukan bernama Saiful pula, usah gelisah. Mungkin di lain entri, nama kau pula yang akan muncul. Mahu lihat nama kau muncul di sini? Komenlah banyak-banyak, dan pastikan kau setia dengan hairul.net
“Realiti Kita Nyata Berbeza.”

# Gandakan lagi kenikmatan tuan di Galeri Ghairah!
Satu komen daripada tuan, sejuta erti buat diriku.
hahaha, ade plak epul join dlm golongan yang hebat2 ni…. xpe2, nanti epul bleh jd star kat ritsumeikan, ganti saido….
Aku kecik suka tengok usop sontorian. Ada satu episode tu tentang budak gile nama epul..yang tu tak masuk ?
wahaha~ epul…epul…
Mana-mana yang tak waras tak masuk senarai
Sekarang cerita pasal epul.
Pasal nadiah tak tahu lagi bila
nanti wat nama aku plak ek..
saifulisme- cre br rosakkan org kite.
oooo..epul 2yea..dlu die baek ngan ayie..skrang dh jd camtuh..aku xsgke jd camni
klu xcye cbe tgk nih..
Nanti saya jawab di mahkamah
wei ayie, ko jangan menyaipul kat cni plak……
ni tak2 abis2 nk promote tmn ria die….. org tgh cite psl saiful la….
Satu nama, kena bayar RM 10.
A’ah, betul tu. Aku sokong ko kali ni hex-everros.
Mahkamah? Ni yang lemah ni
menyaipul tu ape..? hahhahha
tu ko kena tanye ayie…. die yg cipta kata kerja tu….
menyaiful,tersaiful,disaiful..
klo passive past tense=was saifuled!
oo
klu cmtu noun die saifulution la kn
saifulation kot..
Saiful, mana saiful? Senyap je si Saiful ni.
saiful mane yg ko ksdkan wahai peja, saiful ker saiFOOL?
tp shaiful kite ni pndai org nyer..die la sifu ak dalam hal2 akademik..tq shaiful
aku nak gak…uwaaaaaa
(
Nak apa ni? Ooo, nak suruh ceritakan pasal nama ko ek?
mmg tak ptt la ade saiful bukhari AZLAN tu.skali ngan nme ak msk list skali.hahaha….
AZLAN ni tak sama dengan saiful bukhari AZLAN tu. AZLAN ni baik. Aku tau.
hahaha…pndi mg amek hati senpai eh.lagu nila kohai yg bek
Jom, hangatkan lagi perkongsian ini.
Lontarkan segera sebarang komen yang terlintas di fikiran tuan.
« Tunggu ! Entri seterusnya:
Kepuasan Yang Tidak Terkata Nikmatnya »


yg dipanggil EPUL tu sorg je…hehe
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]