Hari ini 1 Julai. Kita masuk ke bulan baru, meninggalkan bulan Jun jauh di belakang. Sepanjang bulan Jun, banyak peristiwa tercatat, pelbagai kisah telah direncanakan di bumi Malaysia.

Yang paling terasa tempiasnya, isu kenaikan harga minyak.

Hangatnya isu ini sampai sekarang pun belum reda-reda lagi. Aku pasti, isu ini takkan reda selagi kerajaan tidak menurunkannya kembali. Turunkan kembali harga minyak? oh, ini sesuatu yang mustahil untuk kerajaan sekarang lakukan. Kalau kerajaan sekarang tak turunkan harga minyak, mungkin mereka yang akan diturunkan oleh rakyat. Turun atau pun tidak, kita tunggu dan lihat.

Kedua, SAPP hilang kepercayaan terhadap PM.

SAPP dengan berani dan lantangnya telah mengusulkan undi tidak percaya kepada Pak Lah. Kenapa SAPP sahaja ye? Parti-parti komponen BN yang lain masih percaya pada Pak Lah lagi ke? Biarkan mereka dengan kepercayaan mereka. Tapi rakyat sudah tak percaya. Dah 3 kali Pak Imam Hadhari ini menipu. Mula-mula pasal perkahwinannya, lepas tu pasal pembubaran parlimen. Penipuan terbaru, pasal kenaikan harga minyak. Penipuan seterusnya? Oh, rakyat takkan benarkannya lagi.

Yang ini yang paling hangat, paling sensasi. Masih lagi panas dalam siasatan polis. Anwar Ibrahim dituduh meliwat lagi! Kau percaya? Oh, aku tak percaya. Yang kes dulu pun aku tak percaya. Aku rasa, tuduhan liwat ini hanyalah siaran ulangan tahun 1998 yang ditayangkan semula. Sandiwara semata-mata. Ala, macam dah tak ada modal lain nak kenakan Anwar. Semoga kebenaran segera tersingkap, dan segala konspirasi jahat ini dapat dibongkarkan.

Aku rasa, 3 peristiwa inilah yang paling signifikan untuk diingati pada bulan Jun. Seterusnya, kita masuk pada bulan Julai yang bermula hari ini.

Satu Julai, Satu Bencana, Sejuta Kegeraman.

Hari ini 1 Julai. Muncul lagi satu bencana, menambahkan lagi satu kegelisahan rakyat. Hari ini, tarif elektrik mula dinaikkan. Kenaikannya adalah 26 peratus. Amat menyakitkan. Sakit dan derita kerana harga minyak hari itu masih belum sembuh, kini luka yang ada seolah-olah disimbahkan lagi dengan asid.

Aduh.

Oh, cukuplah dengan segala kenaikan ini. Hentikanlah. Rakyat sudah cukup derita, cukup sengsara. Rakyat Malaysia kini, hanya mahukan satu kenaikan sahaja. Iaitu, kenaikan kerajaan baru untuk memerintah Malaysia. Naiklah kerajaan baru yang betul-betul ikhlas menjaga kebajikan rakyat. Turunlah kerajaan sekarang yang penuh dengan korupsi.

6 Julai nanti, ada lagi peristiwa yang bakal berlaku. Perhimpunan rakyat untuk memprotes kenaikan harga minyak.

Oh, kau nak sertai perhimpunan ini?

Polis kata, “JANGAN.”

Kalau kau nak pergi juga, pergilah. Kalau nak pergi, tak payah mandi pun tak apa. Nanti kau boleh mandi dengan meriam air FRU. Satu lagi, jangan lupa bawa goggles, buat pelindung mata. Nanti tak adalah kau menangis terkena gas pemedih mata.

“Realiti Kita Nyata Berbeza.”