Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Seronoknya Berperang, Indahnya Berjuang
Seronokkah bermain snowboard (luncur salji)?
Hanya orang yang pernah meluncur di atas salji yang dapat mengungkapkan keseronokannya. Sakitnya badan ketika jatuh terguling, tetapi nikmat semasa meluncur itu yang lebih mengasyikkan.
Sedapkah sushi (sejenis makanan Jepun)?
Hanya orang yang pernah makan sahaja yang dapat mengungkapkan kesedapan rasanya. Lidah yang serasi dengan rasa sushi sahajalah yang dapat merasai kenikmatan menguyah sushi.
Seronokkah peperangan?
Indahkah perjuangan?
Hanya pahlawan yang pernah turun ke medan peperangan akan merasai nikmatnya perjuangan.
Hanya manusia yang hatinya penuh dengan rasa cinta kepada Allah dan rasulnya sahaja yang dapat merasainya indahnya perjuangan fisabilillah.
Apabila sudah mampu menikmati kemanisan dalam perjuangan:
Hukuman buang daerah dirasakan seumpama pakej perlancongan.
Hukuman penjara dianggap seperti masa untuk beristirehat.
Hukuman bunuh pula diumpamakan sebagai jalan pintas untuk menemui Allah, kekasih yang amat kita rindui. Dialah tuhan kita, dialah kekasih kita.
Itulah yang dirasakan oleh Jamaludin al-Afghani, seorang pejuang Islam.
Ini pula luahan rasa Tuan Guru Nik Abdul Aziz, seorang pejuang Islam di tanah air kita, Malaysia.
“Terkadang memandu seorang diri ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sidang parlimen dengan keadaan permukaan jalan tidaklah sebaik apa yang kita nikmati hari ini. Demikian juga ke hulu dan ke hilir memenuhi undangan ceramah seorang diri memandu kereta, balik jauh jauh malam. Menangis saya sambil memandu seorang diri, peritnya nak bawa Islam pada masyarakat Melayu ketika itu. Sampai di rumah pula, buka saji, makanan tak ada dan isteri sudah nyenyak tidur.”
Manisnya berjuang apabila kita merasai keperitannya, seperti lazatnya orang berpuasa setelah ia melalui detik lapar dan dahaga kemudian ia berbuka dihujung hari. Begitulah manisnya berjuang biarpun dikeji dan difitnah. Biar penat dan lelah seluruh jasad namun dikala ada kesempatan untuk sujud dan bermunajat kepada Allah, terasa diri cukup bertuah.
Apabila mengingati Allah, keletihan terus berganti dengan ketenangan.
Tidaklah kita digelar sebagai seorang pejuang, kalau tidak pernah teruji dengan 1001 kesusahan. Selepas ujian dan kesusahan, kesenangan akan dianugerahkan kepada kita.
“Maka sesungguhnya, bersama kesusahan, ada kesenangan. Maka sesungguhnya, bersama kesusahan, ada kesenangan.”
Surah al-Insyirah, ayat 5 dan 6.
Kesusahan akan datang menguji dan pertolongan daripada Allah pasti akan datang.
“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”
Surah Muhammad, ayat 7.
Kita berjuang kerana Allah dan kita sentiasa yakin dengan rahmat dan pertolongannya.
“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”.
Surah al-Hajj, ayat 40.
Untuk kita, para pejuang sekalian.
“Mintalah kesenangan, hadapilah kesusahan.”
Hairul Faizal Adli Bin Abdul Ghani

Hairul Dot Net, Beres Sokmo.
![]()
Hairul Dot Net, Beres Sokmo.
Adakah tuan suka dengan hairul dot net?
Kongsikan kegembiraan tuan dengan orang yang tersayang.
"Sebarkanlah Islam ke seluruh alam,
tidak kira siang atau pun malam.
Sebarkan juga hairul dot net ke seluruh alam."
Jom, mari kita sama-sama nikmati dan hayati entri-entri yang akan datang.
Klik di sini untuk melanggan RSS feed lengkap hairul dot net sekarang juga.
Satu komen daripada tuan, sejuta erti buat diriku.
Hukuman buang daerah dirasakan seumpama pakej perlancongan.
Hukuman penjara dianggap seperti masa untuk beristirehat.
Hukuman bunuh pula diumpamakan sebagai jalan pintas untuk menemui Allah, kekasih yang amat kita rindui. Dialah tuhan kita, dialah kekasih kita.
Smart ayat ni..Dalam duka ada suka..
PidutASiS´s last blog ..Realitikan Facebookmu-![]()
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli Reply:
July 10th, 2010 at 11:51 am
Kita kena usaha lagi, hingga sampai ke peringkat kita pun boleh melafazkan ayat-ayat ini dengan status sebagai seorang pejuang Islam.
Jom, hangatkan lagi perkongsian ini.
Lontarkan segera sebarang komen yang terlintas di fikiran tuan.
« Gurauan Romantis: Kopi Pahit Kaw-kaw Entri seterusnya:
Urut-urut Manja: Kuatnya Suami, Lembutnya Isteri »


Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (alhujurat : 15)
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli Reply:
July 10th, 2010 at 1:58 am
Insya Allah, semoga kita termasuk dalam golongan ini.
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]