Aku bukan Tok Guru Nik Aziz, sibuk mentadbir Kelantan dengan pentadbiran Islam yang sebenar.

Aku bukan Haji Hadi, sibuk memimpin PAS dan memperkukuhkan parti.

Aku juga bukan Anwar Ibrahim, sibuk berkempen di Permatang Pauh dan mematahkan segala fitnah.

Dan aku juga bukan Abdullah Badawi, sibuk dan pening kepala memikirkan masalah negara.

Aku hanya seorang pelajar JAD, sibuk dengan pelbagai assignment. Kadang-kadang tertekan dengan kerja yang tak habis-habis. Kadang-kadang pening memikirkan duit yang tak pernah cukup. Kadang-kadang tak tahu apa yang nak ditulis untuk hairul.net ;)

p/s: Kesibukan memang tak dapat dielakkan. Kadang-kadang aku lebih kepada menyibuk. Jadi, untuk update terbaru, tunggulah pada hari Sabtu ni ye, 23 Ogos 2008. Ada sesuatu yang mungkin akan mengghairahkan anda. :)

“Realiti Kita Nyata Berbeza.”