Kepuasan Yang Tak Terkata Nikmatnya

Hanya 1 minit untuk kepuasan yang berpanjangan.

Adakah tuan seorang manusia?

OK, cantiklah. Hanya manusia yang diperlukan untuk tugasan ini. ;)

Tugasan?

Tugasan apa itu?

Hari ini, hairul.net ada satu tugasan untuk memberikan kepuasan maksima kepada pembaca kesayangan, khas untuk tuan.

Sebelum mulakan tugasan, tuan dipersilakan untuk membaca ayat-ayat di bawah sebagai muqaddimah kepuasan.

Setiap manusia yang normal sentiasa mencari kepuasan dalam kehidupan ini. Malah, orang yang gila pun perlukan kepuasan dalam hidupnya, walaupun dalam gaya yang tersendiri.

  • Seorang hamba Allah, mahukan kepuasan dan kemanisan dalam beribadah.
  • Pasangan suami isteri sentiasa dahagakan kepuasan dalam perhubungan.
  • Seorang pelajar tajaan, mahukan kepuasan belajar dan salah satu kepuasan itu adalah kenaikan biasiswa. ;)

Dan tuan, seorang pembaca kesayangan hairul.net, tentunya mahukan kepuasan apabila membaca hairul.net, bukan?

Oleh itu, saya sesekali tidak akan mensia-siakan masa yang tuan habiskan di hairul.net ini.

Tetapi, untuk memberikan kepuasan dan keghairahan maksima kepada tuan, saya dengan berat hatinya, terpaksa memberikan tugasan ini kepada tuan. Lagipun, bukankah kepuasan itu lebih manis selepas kita berusaha untuk mendapatkannya? ;)

Untuk kepuasan maksima, tuan dipersilakan untuk mengklik tulisan ini. Disebaliknya,  tersembunyi satu tugasan mudah untuk kepuasan yang tak terkata nikmatnya. Tuan hanya perlu meluangkan 1 minit sahaja untuk survey ini. Klik segera untuk kepuasan maksima.

*Kaji selidik ini ditaja oleh eSurveyPro.com

“Beres Sokmo!”

Hairul Faizal Adli Bin Ab Ghani

Hairul Faizal Adli Bin Ab Ghani

31/10/2009