===================================================

Entri ini khas buat rakan-rakan JAD yang sama-sama berkongsi pengalaman indah di Pulau Pangkor. Juga sebagai penghargaan untuk Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dan pihak Vibrant Access yang mengendalikan kursus “Soft Skill” di Puteri Bayu Beach Resort.

===================================================

Impian untuk balik kampung telah pun hancur. Dengan jiwa yang memberontak, kami tetap akur, melangkah jua ke Pulau Pangkor. Mungkin inilah peluang untuk kami bertafakur.

Pertemuan kali kedua dengan pihak Vibrant Access sememangnya ingin dielakkan. Kami bimbang, igauan ngeri di kem Janda Baik dahulu akan berulang kembali. Itulah jangkaan awal kami. Jadual aktiviti yang padat serta wajah bengis Abang Zack menghantui fikiran kami. ;)

Tapi, alhamdulillah. Kali ini semuanya telah berubah. Pihak Vibrant Access memang terbaik. Kini, baru kami mengerti akan keikhlasan Ayah Chik dan rakan-rakan dalam perjuangan memandaikan bangsa. Dengan penuh kasih sayang dan penuh sabar, mereka komited untuk membawa perubahan positif dalam diri kami, para remaja yang jiwanya bagaikan ombak bergelora.

Sungguh. Kami betul-betul tersedar kali ini. Baru terasa betapa besarnya amanah yang sedang dipikul. Amanah dari Allah dan juga amanah rakyat. Satu amanah yang tak boleh dibandingkan dengan sekeping biskut.

Dengan ikhlas kami berdoa, mengharapkan kasih Allah agar kami terus diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini.

“Keikhlasan doa, keagungan kasih, merubah takdir…….”

Terima kasih tak terhingga buat rakan-rakan seperjuangan, pihak YPM, Ayah Chik, Ayah Ngah, Ayah Su, kem komandan, Kak Mona dan juga Kak Fatin. Eh, lupa pula kat Abang Zack. Jangan marah ye. ;)

Sesungguhnya, percutian di Pulau Pangkor kali ini cukup indah untuk dikenang.

“Realiti Kita Nyata Berbeza.”