Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Tahu tapi Tak Mahu
# Ini adalah petikan ayat dari saifulislam yang telah ditokok-tambah, diubah dan dicambah. Kau bacalah dengan hati yang tabah, tapi jangan menggelabah, lebih-lebih lagi kalau kau adalah seorang perokok atau pun mat rempit.
Cuba tanya kepada perokok, adakah mereka tidak tahu yang rokok itu membunuh dan membinasakan diri?
Aku yakin, para perokok ini amat tahu tentang bahayanya rokok. Habis, jika mereka sudah tahu, mengapa mereka masih merokok?
Adakah mereka mempunyai jiwa seorang pejuang berani mati? Berani merokok walaupun menempah maut? Sepatutnya, insan-insan yang berjiwa seperti inilah yang perlu dihantar ke Palestin. Biarlah mereka mati syahid fisabilillah, mati terkena peluru daripada mati terkena kanser paru-paru.
Tanya pula mat rempit. Adakah mereka tahu, setiap kali mereka merempit, mereka sebenarnya menuju ke arah kematian dengan had laju yang maksimum?
Kalau mereka tahu, tapi kenapa mereka masih tak mahu berhenti?
Tahu tapi tak mahu.
Kenapa ya?
Ya, kita tidak bertindak berasaskan apa yang kita tahu. Sebaliknya, kita bertindak berasaskan apa yang kita MAHU. Tahu sahaja belum cukup. Tahu itu mesti disertakan dengan mahu.
Apabila kita bercakap tentang mahu, ia bukan lagi soal akal. Ia bukan lagi soal rasional dan logik. Ianya adalah soal hati dan soal perasaan. Mahu itu perbuatan emosi, dan emosi perlu dilentur dan dibentuk dengan cara hati, bukan cara akal.
Tak Mahu Solat Berjemaah.
“Kau tahu tak, berdosa kalau tak solat?”
“Aku tahu la. Tak dapat hidayah lagi ni. Esok-esok aku solat la.”
Itulah jawapan ringkas seorang Islam yang tidak mahu solat. Dia tahu tentang azab meninggalkan solat, tapi masih tidak mahu (MALAS) untuk solat. Tahu adanya neraka, tapi tidak mahu untuk menjauhinya.
Tahu tapi tak mahu. Itulah penyakit yang melanda kita. Kita tahu segala-galanya, tapi belum tentu kita mahu melakukan apa yang kita tahu.
Tahu tapi tak mahu. Rugilah kita. Kita tahu betapa besarnya pahala solat berjemaah, tapi berapa ramaikah yang mahu dan mampu untuk mengerjakannya. Aku pun tahu, tapi aku juga jarang solat berjemaah.
Aku tahu besar pahalanya solat berjemaah. Aku juga mampu untuk turun ke surau, tapi kenapa, kenapa aku masih tidak mahu melakukannya? Aku tahu dan aku mampu, tapi kenapa aku masih tidak mahu solat berjemaah? Sudah banyakkah amalan untuk dibuat bekal ke akhirat nanti?
Lalu sejuta alasan aku berikan apabila diajak berjemaah di surau.
Nak tukar baju dulu la, nak naik mandi dulu la, dan macam-macam lagi alasan yang aku berikan.
Aku juga tahu, banyak benda yang aku buat boleh mendatangkan dosa, tapi kenapa aku tidak mahu berhenti daripada melakukannya. Aku tak mampu atau pun aku yang tak mahu? Aku jadi keliru.
“Ya Allah. Berikanlah kekuatan kepadaku, untuk aku menahan diriku daripada melakukan dosa kepada-Mu. Ampunilah dosaku ya Allah. Berikanlah kekuatan kepadaku, untuk beribadah kepada-Mu. Sesungguhnya, aku ini hamba-Mu yang lemah. Engkaulah yang maha kuat dan maha agung.”
“Aku tahu, aku mahu dan aku mampu.”
24/11/2008
p/s: Kau tahu, mahu dan mampu memberikan komen?
Satu komen daripada tuan, sejuta erti buat diriku.
owh.. aku perokok..
baru jer cerita.. hehe..
Mana isi komennya? Isk, isk, isk.
Semoga ada kemahuan nak berhenti, dan mampu berhenti.
spe2 nk merokok ak tak ksh sgt tp jgn la merokok dpn2 ak.klu nk mati cepat,mati la sndri2.jgn la bunuh org kt sekeliling ni.mat rempit skang lg ganas.dia tak mati pn.dia rompak,rogol n belasah org smpi mati ade la.apa la nk jd ngan dnia skang ni.masya-ALLAH
Dunia akhir zaman…isk…isk…isk.
mahu atau x mahu je…
kdg2 2, ade trasa nk brubah..
tp liat la sgt2.
knape ade cm ssh je?
ble nk wat bnde x bek, sng la plak…
hmmm..
Hmmmm….
Susah juga soalan tu. Tak dapat nak jawab.
Mudah je kan nak buat jahat. Tapi, kalau nak buat baik, mesti susah. Kita pun selalu bertangguh-tangguh kalau nak buat baik, kan?
btl tu.sono toori da.klu ajak wat bnda baek,ade je kte tak smpi seru lg la apa.tp klu ajak wat bnda jahat,laju bkn men lg.
hihi…
jgn lpa yg kta ni sntiasa gadoh dgn mkhluk brnma syaitan(ad yg nmpak,ad gak yg x nmpak)..
so,mmg r sng sgt kta nk wt bnda x elok.
tpi jgn lpa plak yg kta gak ad snjta yg sper pwer utk lwan dorg ni…
bykkan r doa n tlwh quran.
insyaAllah.. ![]()
skdar mgingtkan dri sndri
Betul tu. Syaitan adalah musuh kita yang nyata. Semoga kita tak tewas dengan godaan syaitan laknatullah.
Kalau ajak merempit, lagi la laju. Tak sabar-sabar nak pergi mati. Padahal, amal ibadah tak sepadan lagi dengan dosa yang bertimbun-timbun.
hmm..wat bende xbek mmg cpt je…kdg2 xnk buat..tp ble dh 1 kali bwat..dgn godaannye lg..xtau la cmne~pape pn..doa je la byk2 semoga kita sama2 berubah ekh
Susah nak lawan nafsu, kan?
Aku pun nak berubah, nak jadi lebih baik.
ak pon nk berubah jugak!!
!
ada otak. sindiri mau pikir la….kan?
Nak berubah jadi apa zaim?
Ko jadi Perdana Menteri Malaysia la ye. Majukan lagi Malaysia kita ni. Nanti aku sokong ko.
Fikiran manusia semuanya berbeza, kan? Kadang-kadang yang tak elok tu la yang dia fikir sebagai benda elok.
Realiti kita nyata berbeza.
T
tahu tapi x mahu..aku bagi diri aku,aku tahu malas
2 x best tp dok malas gak..dosa pn atarimai la..moga2 diberi kekuatan
“bila Allah berkehendak,tiada siapa mampu melawan”
emm…bek ke aku nih…?
jawapan 4 ayie “laki baik2 untuk perempuan baik2″….surah annur
“bila Allah berkehendak,tiada siapa mampu melawan”
Allah takkan mengubah nasib kita, kalau kita sendiri yang tidak mengubahnya.
henshin…!!!!
perkataan yang perlu disebut untuk berubah menjadi Kamen Rider…
Jom, hangatkan lagi perkongsian ini.
Lontarkan segera sebarang komen yang terlintas di fikiran tuan.
« Siapa Yang Ketinggalan Zaman? Entri seterusnya:
Umar Yang Aku Kenal »


1st to comment
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]