Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Tandas Tempat Berhadas
Entri ini 100 peratus berkaitan dengan TANDAS. Jangan baca entri ini semasa makan. Selera makan anda akan hilang secara drastik.
Fuh, setelah sekian lama mencari, baru semalam aku menemuinya. Sudah lama aku merindui belaiannya yang lembut dan manja. Jodoh aku dan mangkuk tandas ada juga akhirnya, di kedai Cainz Home.
Inilah rupanya, Washlet, yang aku cari-cari selama ini.

"Inilah rupanya, waslet di rumah aku."
Waslet baru, kini menghiasi tandas aku.
Aku sudah bosan berhempas pulas di tandas, beristinjak dengan tisu. Kini, dengan teknologi Toshiba, semburan bidet yang lembut dan hangat pasti memberikan lebih kepuasan.
Untuk belaian manja dan lembut dipunggung anda, tekan sahaja butang bidet. Airnya akan memancut keluar, membersihkan segala kotoran yang anda keluarkan.

"Butang bidet, dengan ikon perempuan. Semburannya adalah satu kenikmatan."
Untuk kepuasan yang berpanjangan, inilah kos yang aku keluarkan.
Washlet: 17800 yen
Penyambung Paip: 3150 yen
Upah Pasang: 6000 yen
Jumlah Semua: 26950 yen
Fuh, mahal juga kos keseluruhannya. Tapi, demi kepuasan beristinjak, harganya memang berbaloi.
Terima kasih juga kepada Azhar Senpai, yang banyak memberikan pertolongan, sehingga terabadinya washlet ini di tandas aku. Tidak lupa juga kepada 2 orang tukang tandas yang begitu tangkas bekerja, sempat pula melayan aku berbual-bual.
“Tiada lagi, keluh kesah di tandas.”
Hairul, beres sokmo !
21/4/2009
Bestnye peja!! Nak jugak washlet!!!
If toilet jenis cangkung boleh tukar ke? Huhu, nak gi rumah peja slalu la. Haha!
Washlet aku canggih, bagi arahan pakai suara je….hahaha
Sekali masuk, kena bayar 100 yen. Kalau pelanggan tetap, boleh dapat diskaun….
Tandas cangkung? Kena tukar rasanya.
Ooh… ii naa~ XD
kahkahkah…
lawak la tandas mu peja!
mesti sleso tandah gitu de?
Keep up the good work.
Salam.
Wah..bestnye dapat tandas canggih gitu.
tak sesia melabur..
Regards
« Nak Apple iPhone Atau Pun Buah Epal? Entri seterusnya:
Kerja-kerja Ubah Suai Sedang Dijalankan »

welcome to da club pemilik washlet.hahaha
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]