Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Orang Bengis Yang Menangis
Kecil-kecil dahulu kita sudah terlalu banyak menangis.
Keluar sahaja dari perut ibu, kita menangis. Ibu bagi susu, baru kita senyap. Apabila lapar, kita menangis. Apabila terjaga dari tidur, kita menangis. Masa itu, kita masih bayi lagi. Kita hanya tahu menangis dan terus menangis. Kita tidak tahu betapa ibu terganggu tidurnya kerana tangisan kita. Menangis dan menangis, itulah kerja kita sebagai seorang bayi.
Daripada seorang bayi, kita membesar menjadi kanak-kanak yang aktif. Masa bermain-main dengan kawan, ada juga kita bergaduh. Kena ejek sikit terus menangis. Kalau ada jiran yang dapat mainan baru, kita juga menangis-nangis minta ayah belikan. Semasa kita menangis merenggek-renggek mahukan mainan, kita tidak tahu betapa susahnya ayah bekerja mencari rezeki. Menangis dan menangis, itulah kerja kita sebagai seorang kanak-kanak.
Masa bayi, kita sudah banyak menangis. Masa kanak-kanak juga, kita juga selalu menangis. Apabila masuk usia remaja, ada lagi yang masih mahu menangis. Sudah begitu banyak air mata yang kita tumpahkan.
Kini, kita sudah dewasa. Orang dewasa juga terlalu ramai yang selalu menangis. Jika dulu kita menangis untuk benda yang remeh-temeh, kali ini biar tangisan kita penuh bererti.
Orang kata, perempuan suka menangis. Orang juga kata, air mata perempuan adalah senjata. Kata-kata itu ada kebenarannya. Harap-harap, air mata lelaki juga boleh menjadi senjata.
“Alahai, susahnya mahu menangis.”
- Hairul Faizal Adli Bin Ab Ghani
23/9/2009
# Gandakan lagi kenikmatan tuan di Galeri Ghairah!
Satu komen daripada tuan, sejuta erti buat diriku.
![]()
menangis…??
erm..saya dah penat menangis..
lps dapat kegembiraan pun sy menanges juga..
sebab benda-benda lama..
kalau masalah lama x selesai dari hati ke hati..
begini lah jadi nya..
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli Reply:
October 9th, 2009 at 11:45 pm
@flower, Alahai, kenapa sedih-sedih ni cik puan bunga?
Ada masalah ye?
http://hairul.net/lelah-masalah-kalah
Kita tak boleh kalah dengan masalah.
saya selalu menangis sebab saya selalu ketawa. ![]()
air mata lelaki ntok dijadikan senjata apa?
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli Reply:
November 4th, 2009 at 9:27 pm
Oh, banyak ketawa ada kaitan dengan banyak menangis ye? Hehehe. Baru tau.
Air mata lelaki gunanya sebagai penghalang daripada bakaran api neraka. Air mata yang tumpah kerana takutkan Allah akan memadamkan api neraka. Sama juga dengan air mata perempuan.
air mata dan wanita memang fitrah…air mata bukan lambang kelemahan tapi sebeanrnya sebagai satu cara tu meluahkan perasaan…kerana selepas setiap kesedihan pasti ada sinar kebahagian…dan perempuan yang x menangis bila dier tgh bersedih sebenarnya dier sedang menangis dalam hati……
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli Reply:
November 15th, 2009 at 12:00 am
Betul tu. Lepas menangis mesti kita terasa puas dan tenang. Lelaki pun ramai yang menangis, tapi secara sembunyi-sembunyi la biasanya.
Kata orang bijak pandai, dunia ini dimulai dengan tangisan, dicelahi oleh tangisan dan diakhiri dengan tangisan.
Jom, hangatkan lagi perkongsian ini.
Lontarkan segera sebarang komen yang terlintas di fikiran tuan.
« Rileks Dan Tenang, Hidup Pasti Beres Entri seterusnya:
Tuhan Benci, Manusia Pun Benci. Adakah Kita Orang Yang Dibenci Itu? »




~kadangkala kita perlu menangis bagi satu kegembiraan dan adakalanya kita perlu bergembira bagi setitis air mata…
~nice lah. salam ziarah. tumpang lalu ye…
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli Reply:
September 30th, 2009 at 9:22 pm
@tadamiru, Teratai Biru, hajimemashite.
Dok kat Jepun banyak menangis ke banyak bergembira?
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
tadamiru Reply:
October 12th, 2009 at 8:29 pm
@Hairul Faizal Adli,
~hmmm… menangis ada, gembira pun ada. kira normal la… hoho…
~hajimemashite deska?… rasanya cam penah nmpak. waktu ISK kat Honatsugi hari tu kanaaa…
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli Reply:
October 12th, 2009 at 10:46 pm
@tadamiru, Oh, pernah nampak ek? Haah, macam pernah pergi je kat ISK tu, baru teringat.
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]