Kau tahu tak, hari ini berapa hari bulan?

Kalau kau tahu, jawab sahaja dalam hati. Kalau kau tak pasti, tengok sahaja pada kalendar. Tahniah aku ucapkan kerana kau berjaya meneka tarikh hari ini. Terbuktilah, kau masih lagi seorang manusia yang normal, sama seperti aku. :)

Oh ya, ada satu lagi soalan. Kau tahu tak, hari ini berapa hari bulan Rejab?

“Eh, dah bulan Rejab ke?”

Kalau soalan inilah yang terdetik dalam hari kau, tahniah juga aku ucapkan. Kau memang normal, sama sahaja seperti aku dan rakan-rakan kita yang lain. Kita semua termasuk dalam golongan yang normal, kalau sekadar tidak mengingati tarikh-tarikh dalam bulan Islam.

Tak ingat tarikh-tarikh bulan Islam itu ada adalah perkara yang normal, bukan? Lupa pada bulan-bulan Islam juga adalah perkara yang biasa, bukan? Ala, bukan kita saja yang tak ingat. Ramai lagi yang tak tahu. Ustaz-ustaz yang mengajar mengaji itu pun, bukannya hafal sangat tarikh-tarikh bulan Islam ni. Itulah realiti sekarang.

Bulan Rejab, Bulan Allah

Tanpa sedar, rupa-rupanya kita telah berada dalam bulan Allah, iaitu bulan Rejab. Begitu cepat masa berlalu, dan tak ramai yang ambil peduli pada bulan-bulan Islam. Kenapa perkara ini berlaku? Apa sebabnya?

Tapi, tak mengapa. Sindrom lupa bulan-bulan Islam ini sekejap sahaja. Selepas ini, semua orang pasti akan ingat setiap tarikh dalam bulan Islam. Maklumlah, Ramadan dan Syawal bakal menjelma tak lama lagi. Dan setiap hari dalam bulan Ramadan pasti akan dibilang, tak sabar-sabar menunggu ketibaan hari raya.

Tiada orang yang akan lupa pada Ramadan dan Syawal. Tapi mengapa Ramadan dan Syawal sahaja yang kita ingat? Bulan Ramadan dan Syawal sahajakah yang ada dalam kalendar Islam?

Aku merenung seketika. Kerana aku juga seorang yang leka. Kadang-kadang alpa dan terlupa.

Mari renungkan bersama. Mengapa Januari dan Februari lebih mudah diingati berbanding Muharam dan Safar? Mengapa 1 Januari lebih diraikan berbanding 1 Muharam? Mengapa perkara ini berlaku dan apakah sebab-sebabnya? Penyelesaiannya pula macam mana?

Apa-apa pun, hari ini dah masuk 7 Rejab 1429 Hijrah. (Aku baru saja tengok dekat kalendar). Selamat menyambut bulan Rejab. Selepas Rejab, Syaaban pula akan menjelma. Maknanya, Ramadan juga begitu dekat sekali. Yang belum habis qada puasa tu, jaga-jaga tau. Nanti kena bayar fidyah pula. :)

Selamat menyambut bulan Rejab.

“Realiti Kita Nyata Berbeza.”

Gandakan lagi kenikmatan tuan dengan entri berikut:

  1. Puasa Lambang Kuasa Jadi, jangan main redah bila beribadah. Jangan bertangguh, kena bersungguh-sungguh....
  2. Kenapa Nafsu Tak Pernah Lesu Eh, bukankah puasa boleh melemahkan nafsu? Ya, puasa memang...