Senang Dalam Tenang
Jangan bersedih.
Berikan pen kepada manusia dan akan ada manusia yang menggunakan pen itu untuk menulis penghinaan kepada kita. Sedangkan tuhan yang memberikan rezeki pun sentiasa dihina, apatah lagi manusia yang serba kekurangan ini.
Jangan bersedih.
Ingat dua perkara dan lupakan dua perkara.
Ingatlah kesalahan kita kepada orang lain dan ingatlah kebaikan orang kepada kita.
Lupakanlah kebaikan kita kepada orang lain dan lupakanlah kesalahan orang kepada kita.
Jangan bersedih.
Sudah lumrah, bahawa manusia itu memang pelupa. Susu yang diberi, tuba juga yang dibalas. Bantuan yang diterima, terima kasih pun tidak diberi.
Buat sesuatu kerana manusia, nescaya manusia akan lupa dan kita akan kecewa. Buat sesuatu kerana Allah, ganjaran syurga yang kita dapat dan itulah puncak kenikmatan menjadi hamba.
Tatkala diri kita dilupakan, ayat ini akan menjadi penawar yang menggembirakan kita.
“Dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang.” Surah Ar-Ra’dd, ayat 28.
Jiwa tenang, hidup pun senang.
“Aku buat kebaikan ini hanyalah kerana Allah. Aku tidak perlukan penghargaan daripada manusia. Aku hanya mencari keredhaan Allah.”
Usah berharap pada perhatian manusia, kerana Allah sentiasa menyayangi kita.
Jangan bersedih.
Manusia yang paling baik adalah manusia yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain. Erti hidup pada memberi.
Jadilah kita seperti pohon yang rendang. Walaupun dibaling orang, buah juga yang diberikan. Walaupun dicantas orang, bayang untuk berteduh juga yang disediakan.
Jangan bersedih.
Usah berharap pada perhatian manusia, kerana Allah sentiasa menyayangi kita.
Dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang.
Jiwa tenang, hidup pun senang.
Hairul Faizal Adli Bin Abdul Ghani

Hairul Dot Net, Beres Sokmo.
![]()
Hairul Dot Net, Beres Sokmo.
Adakah tuan suka dengan hairul dot net?
Kongsikan kegembiraan tuan dengan orang yang tersayang.
"Sebarkanlah Islam ke seluruh alam,
tidak kira siang atau pun malam.
Sebarkan juga hairul dot net ke seluruh alam."
Jom, mari kita sama-sama nikmati dan hayati entri-entri yang akan datang.
Klik di sini untuk melanggan RSS feed lengkap hairul dot net sekarang juga.
Satu komen daripada tuan, sejuta erti buat diriku.
Jom, hangatkan lagi perkongsian ini.
Lontarkan segera sebarang komen yang terlintas di fikiran tuan.
« Sinar Kepada Yang Benar Entri seterusnya:
Usia Emas, Usia Remaja »


kerana kita manusia kita memang selalu lupa.
moga2 Allah sentiasa memberi taufiq dan hidayahNYA kepada kita semua.
good writing!keep it up!
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli Reply:
June 22nd, 2010 at 2:10 am
Amin…
Ayuh kita cari keredhaan Allah.
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]