Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Transformer Yang Best. Memang Best.
Best betul Transformer kali ni. Memang layan habis la. Mantap, semantap-mantapnya. Kalau tak tengok, macam terlepas satu nikmat dunia rasa-rasanya.
Kalau aku tulis cerita dia, nanti ada orang marah. Nanti tak syok sebab dah tau jalan cerita dia. Apa lagi, cepat-cepat la pergi beli tiket wayang.
Lepas tu jangan lupa beli popcorn yang besar gedabak, harga 1000 yen (RM35). Makan popcorn sambil tengok wayang, nikmat dia memang tak terkata.
Transformer kali ni memang terbaik.
Tapi……….
Kalau tengok wayang dekat Jepun, macam kita tengah tengok wayang dalam satu dunia yang amat pelik. Satu fenomena luar biasa akan berlaku di depan mata kita.
Serius, memang pelik. Langsung tak tercapai dek akal. Suasana dalam panggung memang sunyi sepi. Orang Jepun jadi macam robot yang sedang menonton wayang. Ada aksi lucu pun, diorang senyap je. Muka sepuluh sen. Ada adegan suspen yang boleh meluruhkan jantung kita sekalipun, diorang macam tiada reaksi sedikit pun. Apa kes la diorang ni?
Isk, macam mana la diorang boleh enjoy tengok wayang kalau macam tu?
Kalau kita gelak, suara kita je la yang kedengaran. Kalau kita gelak kuat-kuat sikit, ada la yang sound.
“Urusai, urusai.”
Isk, isk, isk. Panggung wayang memang tempat untuk bersuka ria la, tempat kita nak enjoy dan tempat kita nak layan cerita best dengan sepuas-puasnya. Tak faham aku dengan diorang ni. Come on la beb.
Ah, pedulikanlah diorang. Yang penting, kita enjoy. Tak kisah la kalau kita je yang gelak sorang-sorang sekali pun, kita memang ada hak untuk bersuka ria. Masing-masing bayar 1200 yen (RM 42) nak tengok wayang. Jadi, korang nak senyap, korang punya pasal la.Yang penting, kita enjoyyyyyyyy.
Siapa-siapa yang belum tengok lagi, cepat-cepat la pergi sebelum terlambat.
- Hairul Faizal Adli Bin Ab Ghani
21/6/2009
Satu komen daripada tuan, sejuta erti buat diriku.
kawe setuju ngaN DEMO JAA…
lpah 3 bule dok jepon neh
baru kawe thu oghe jepon meme pelik
hahaha..ko guano jaa
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli Reply:
June 21st, 2009 at 9:17 am
@kamil hasan, Set-set Jepun memang pelik. Nasib baik kita beres je. Relaks.
skema gilo nihonjin tmpt mg.hahaha…tmpt ak ni slumber je sme gelak ble ade lawak n mcm2 bunyi ade.tmbh lak ngan omputih yg bertimbun.
matle ada sesuatu yang menarik untuk dikongsikan bersama: tRaNsFoRMeRs: ReVeNge oF tHe FaLLeN MasYuK!!!
ja, tempat aku pon sama…senyap sunyi je jepong2 tu..tp ktorg xkene sound la..hehehe..papepon transformers tu mmg best!
SAYA TENSION SGT SMLM!
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli Reply:
June 21st, 2009 at 9:14 am
@rai, Kesian Rai. Rai la yang paling tension semalam, kena sound dengan orang Jepun.
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
rai Reply:
June 23rd, 2009 at 11:35 pm
huwaa… next time nak mushi la makcik mane2 yg nak marah..
if die marah, nak cakap je, nihongo tabemasen. habis cite
kamil hasan Reply:
June 21st, 2009 at 10:13 am
@rai, hahahhaa…makan jer org jepon tu rai
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
rai Reply:
June 23rd, 2009 at 11:39 pm
kamil tlg makan die. onegai shimasu!
Jom, hangatkan lagi perkongsian ini.
Lontarkan segera sebarang komen yang terlintas di fikiran tuan.
« Apa Yang Penting? Entri seterusnya:
Aku Rasa Mahu Tampar Sahaja Makcik Itu! »



yeke? x prasan yg pasal org jepun sume senyap je.. ak rse biase je gelak2nye..
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli Reply:
June 20th, 2009 at 11:09 am
@naim, Kat tempat ko lain kot.
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]