Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Ditulis oleh Hairul Faizal Adli.
Tuhan Saya Adalah Gajah
“Saya tidak percaya pada kewujudan Tuhan.”
Steven mengungkapkan kata-kata ini kepada saya dalam satu sesi perbincangan kelas Bahasa Inggeris.
Alahai, saya ini fakir ilmunya, cetek pengetahuan agamanya. Macam mana saya mahu menerangkan tentang kewujudan Tuhan kepada si atheist ini?
Lalu, kenyataan Steven itu hanya mampu dibalas dengan satu pertanyaan ringkas.
“Eh, kenapa kamu tidak percaya kepada Tuhan?”
Membulat mata Steven apabila mendengar pertanyaan saya.
“OK. Kamu mahu tahu satu rahsia? Mari saya beritahu kamu satu rahsia.”
Siapa yang dapat menahan diri untuk mengetahui sesuatu rahsia? Dan saya menumpukan sepenuh perhatian untuk mendengar rahsia daripada Steven.
“Dalam orbit yang mengelilingi bumi ini, ada gajah yang besar.”

Saya terasa pelik dengan cerita Steven ini.
“Eh, gajah ke? Bukan asteroid?”
Steven terus membidas pertanyaan ini dan meneruskan ceritanya.
“Tidak. Bukan asteroid, tetapi gajah. Gajah ini besar, tetapi kita tidak dapat melihatnya. Saya percaya dan saya tahu yang gajah ini memang ada dalam orbit kita. Cerita ini memang cerita benar. Adakah kamu tahu bagaimana saya tahu tentang gajah ini?”

Saya menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak tahu. Steven menyambung ceritanya.
“Saya tahu tentang kewujudan gajah ini daripada satu buku yang boleh dipercayai. Kamu tahu kenapa buku ini boleh dipercayai?”
Saya menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak tahu. Steven menyambung ceritanya.
“Buku ini memang boleh dipercayai kerana orang yang menulis buku ini pun adalah orang yang boleh dipercayai. Dia sendiri mendakwa yang dia adalah orang yang benar dan dia tidak pernah berbohong. Oleh sebab itulah saya percaya pada penulisnya, saya percaya kepada bukunya dan saya percaya bahawa gajah yang besar itu betul-betul ada dalam orbit kita. Dan kamu juga perlu percaya pada kewujudan gajah ini. Kamu memang tidak dapat melihat gajah itu, tetapi kamu perlu merasai kewujudan gajah tersebut.”
Saya segera menafikan cerita Steven.
“Eh, mana ada gajah macam itu dalam orbit kita.”
Steven pun terus membalas.
“Ha, macam itulah tentang kewujudan Tuhan. Ada orang mendakwa dirinya utusan Tuhan dan dia ada sebuah kitab. Kitab itulah yang bercerita tentang kewujudan Tuhan. Sama sahaja dengan cerita saya tadi. Kalau kamu tidak percaya kepada gajah yang saya ceritakan tadi, macam mana pula saya mahu percaya kepada kewujudan Tuhan.”

Aduh. Pandai betul Steven mengolah ceritanya, dan saya sudah terkena. Kalau saya menafikan kewujudan gajah yang dia ceritakan, samalah juga dengan saya menafikan kewujudan Tuhan.
Tuhan saya adalah Allah. Saya hanya tahu tentang kewujudan Allah menerusi cerita daripada al-Quran dan ajaran Nabi Muhammad.
Jadi, saya juga kena percaya kepada gajah Steven jika saya percaya kepada Allah.
Aduh, kalau macam ini, memang susahlah untuk saya menerangkan tentang kewujudan Tuhan kepada Steven.
Lalu. inilah jawapan seorang anak muda, seorang Muslim yang percaya kepada Allah, tetapi masih kurang ilmunya.
“Baiklah Steven. Saya tidak percaya kepada gajah kamu, tetapi saya percaya pada Tuhan. Saya juga berharap, satu hari nanti kamu akan percaya dengan kewujudan Tuhan.”
“Tiada Tuhan Melainkan Allah.”

28/1/2010

Hairul Dot Net, Beres Sokmo.
![]()
Hairul Dot Net, Beres Sokmo.
Adakah tuan suka dengan hairul dot net?
Kongsikan kegembiraan tuan dengan orang yang tersayang.
"Sebarkanlah Islam ke seluruh alam,
tidak kira siang atau pun malam.
Sebarkan juga hairul dot net ke seluruh alam."
Jom, mari kita sama-sama nikmati dan hayati entri-entri yang akan datang.
Klik di sini untuk melanggan RSS feed lengkap hairul dot net sekarang juga.
Gandakan lagi kenikmatan tuan dengan entri berikut:
- Tuhan Benci, Manusia Pun Benci. Adakah Kita Orang Yang Dibenci Itu? 3. Jahat dan tidak sembahyang - Manusia benci, tuhan pun...
- Kita Adalah Penggoncang Dunia Inilah kata-kata seorang pemimpin yang zalim, "Kita halalkan judi, kita...
Satu komen daripada tuan, sejuta erti buat diriku.
Dari apa yang engkau tulis ni macam, dia bukan tak percaya tuhan, tetapi dia percaya yang tuhan dia itu adalah gajah. Rasanyalah.
fareast´s last blog ..Cita-cita Unggul ![]()
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli Reply:
January 29th, 2010 at 1:05 pm
Tu cerita rekaan dia je kot, nak bagi analogi kenapa dia tak percaya kepada tuhan.
hahah!! myb pengarang buku yg die cakap tu.. peminat fanatik citerr industan “haathi mere saathi” kot?? hahah!! sabo je la rui-chan!!
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli Reply:
January 29th, 2010 at 1:06 pm
Hahaha… Betul gak eh. Ko pun peminat fanatik hindustan eh?
Pendapat aku mcm ni. Dia hany menerangkn SIAPA yg menulis buku tu…bukan ISI atau KEHEBATAN atau KEBENARAN dlm BUKU tu..cth bible org2 `baik` gak yg tokok tambah, tp isi kandungan nyer byk slah dn kadangkala bercanggah, kalo buku tuhan gajah ni ak x tau r…kalau Al Quran, aku yakin kau lbih mengetauui dr aku, isinya yg menjangkaui zaman, penuh kebenaran, bentuk ayat yg xkn mampu manusia hasilkn n sebagainya…bermaksud ayat2 itu dtg dr kuasa yg jauh lbih hebat dr manusia…
semoga Allah memberkati ko ap yg ko cuba lakukan kebaikan ni…
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli Reply:
January 29th, 2010 at 1:08 pm
Insya Allah.
Mungkin kita tahu pasal agama, cuma susah nak terangkan kepada orang lain tentang kepercayaan kita.
herrmm, dia silap step tu… sepatutnya dia start nak tgk tuhan ni ade ke x, dia kena tgk alam ni, alam ni bkn sesiapa yg bgtau, sendiri tahu, sendiri nmpk, tgk brp mantap mechanism dia…dan bnde yg mantap ni, mesti ada pencipta nya, sebagaimana mantapnya google mencari info yang kita nak, pun ada programmernya…dah percaya tuhan tu ada, brulah cri ciri2 dia…yg tu bru bkk kitab….to omou. wallahu a’lam
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli Reply:
January 31st, 2010 at 11:27 am
Tu la dia, susah juga nak berbahas dengan orang atheist ni.
Tapi takpe, kalimah syahadah dia dah separuh lengkap. Dia dah mengaku dah yang tiada tuhan kat dunia ni… ‘Tiada tuhan’ dia dah percaya.
Cuma tinggal part ‘selain Allah’ je yang belum lengkap lagi. Insya Allah, lepas ni penuh la syahadah dia.
‘Tiada tuhan selain Allah’.
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
nurul nadia Reply:
January 31st, 2010 at 12:18 pm
muhammad pesuruh allah!!
hairul!! aja2 fighty!! bjuang mnegakkan islam!!
go go!!
ermmm… pemikiran logik yang berasas..
tapi selagi kita percaya tuhan kita adalah Allah pasti akan dapat nikmatnya nanti…
*wah.. masuk2 merah menyala weh.. hehe.. lama tak datang sinie..
menteil´s last blog ..Penatnya Kerja ![]()
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Reply:
February 1st, 2010 at 2:48 am
Merah tu tanda amaran, sebab menteil masuk.
Semoga nikmat iman ini akan sentiasa kita kecapi.
Mungkin Tuan Hairul boleh bertanya kembali kepada Steven ni. “Habis macamana kejadian siang dan malam, binatang-binatang yang berpasangan, rekabentuk alam yang sempurna, keindahan bintang-bintang bulan di waktu malam. Semua ni tiba-tiba ada sendiri ke? Macamana boleh bergerak sendiri?”
Halim´s last blog ..Nasionalisme dan impaknya ![]()
analogi dia menggunakan gajah (1 makhluk yg kita kenal) sbgai tuhan yg menyebabkan kita keliru. sebab kita kenal gajah tu mcm mane.. tp andainya dia menggantikan gajah dgn “sesuatu yg besar”. mungkin kita takkan terpedaya.
Atheist mmg mengelirukan..
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli Reply:
April 24th, 2010 at 11:44 pm
Nasib baik tak terpengaruh dengan dia. Alhamdulillah, berkat belajar fardu ain dan belajar agama kat Sekolah Alor Pasir dulu.
Jom, hangatkan lagi perkongsian ini.
Lontarkan segera sebarang komen yang terlintas di fikiran tuan.
« Jyuu Nin Too Iro; 10 orang, 10 warna Entri seterusnya:
Hantu Makin Canggih, Manusia Makin Kolot »


susah la camtu ek. ko kelas ngan die lagi ke..?
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]
Hairul Faizal Adli Reply:
January 29th, 2010 at 1:03 pm
Oh, Steven tu baik je. Kitorang selalu gak la borak-borak, kadang-kadang pasal agama. Aku dah habis dah kelas dengan Steven tu.
[Klik di sini untuk membalas komen ini.]