Aisyah berkata kepada suaminya, Amir,

“Abang, adakah tenaga orang lelaki memang kuat dan lebih gagah daripada perempuan?”

Amir memandang isterinya dan berkata,

“Ya, itulah anugerah Allah kepada orang lelaki. Dengan kekuatan ini, abang akan sentiasa melindungi isteri abang.”

Aisyah berkata,

“Sayang tahu, abang memang kuat. Abang boleh tolong sayang alihkan meja ini? Meja ini beratlah, sayang tidak larat mahu mengangkatnya.”

Amir tersenyum.

“Oh, isteri abang sayang. Patutlah sayang tanya pasal benda itu tadi, ya. Pandai betul mahu meminta pertolongan daripada abang.”

Selepas mengangkat meja, Amir duduk di kerusi. Aisyah datang mendekati Amir.

“Abang, orang lelaki dikurniakan dengan kekuatan tenaga, orang perempuan pula dianugerahkan dengan kelembutan. Terima kasih sebab tolong sayang angkatkan meja itu tadi. Abang terasa penat?”

Amir tersenyum dan berkata,

“Meja itu ringan sahaja. Aisyah lagi berat.”

Aisyah tersenyum dan berkata,

“Sebagai tanda terima kasih, biar sayang urutkan abang. Inilah gunanya kelembutan isteri untuk suami.”

Hairul Faizal Adli Bin Abdul Ghani

Hairul Dot Net, Beres Sokmo.

Hairul Dot Net, Beres Sokmo.

Hairul Faizal Adli

Adakah tuan suka dengan hairul dot net?
Kongsikan kegembiraan tuan dengan orang yang tersayang.

"Sebarkanlah Islam ke seluruh alam,
tidak kira siang atau pun malam.
Sebarkan juga hairul dot net ke seluruh alam."

Jom, mari kita sama-sama nikmati dan hayati entri-entri yang akan datang.
Klik di sini untuk melanggan RSS feed lengkap hairul dot net sekarang juga.